Rafizi hanya beri ‘formula sampah’, tsunami hijau terus membesar

January 15, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan Menteri Ekonomi kerajaan PH-UMNO Rafizi Ramli bahawa jika dia merasakan sangat bijak, jangan pula dianggap orang lain bodoh.

Beliau juga mengingatkan Timbalan Presiden PKR itu bahawa sekarang ini adalah tahun 2023 dan pengundi tidak lagi bergantung kepada ‘cakap kosong’ sahaja, sebaliknya adalah zaman orang menilai kerja dan prestasi.

Beliau turut menyindir Rafizi yang banyak memberikan ‘statistik kosong’ dan retorik terhadap beberapa isu yang dihadapi rakyat.

Untuk rekod, Rafizi adalah antara pengamal ‘politik persepsi’ yang kerap menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat terhadap tuduhan-tuduhan tidak berasasnya.

“Prestasi PH sudah dilihat selama 22 bulan selepas PRU-14, prestasi BN pula seluruh rakyat sudah sedia maklum. Jika telur dan ayam pun mereka gagal uruskan, apatah lagi harga minyak yang sentiasa dijanjikan akan diturunkan tapi tak turun-turun.

“Rafizi akan jadi punca utama Pakatan Harapan (PH) dan BN dihukum pada PRN di enam negeri dan PRU-16 nanti. Mereka sedang ditertawakan orang tapi mereka tidak sedar,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS itu dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini (15 Januari 2023).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Rafizi bahawa PAS menang besar pada PRU-15 lalu kerana retorik perkauman dan menggunakan politik wang.

Muhammad Sanusi berkata Rafizi seolah-olah menganggap pengundi pada PRU-15 2022 tidak bijak, tidak tahu membuat penilaian, sentiasa membuat pilihan yang salah dan sangat teruja dengan wang rasuah pilihan raya.

“Tidak ada sesiapa pun yang menolak PH dan BN dalam PRU-15 kerana disogok wang dan diberi jamuan mewah percuma.

“PAS memang ‘parti tin Milo’ – bukan seperti mereka yang ditaja oleh taukeh-taukeh besar, hingga ke sana sini berkempen mampu naik helikopter,” katanya merujuk tindakan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kempen PRU lalu.

Katanya calon Presiden Amerika Syarikat adalah contoh manusia atas planet ini yang ada kemampuan seperti itu.

“Tuduhan Rafizi itu juga seumpama menuduh pengundi Malaysia terlalu naif- secara terang dia telah menghina pengundi. Raja politik wang selama ini, yang Rafizi sendiri sering ulang sebut dalam ceramahnya sebelum ini, kini dia sedang bersekedudukan dengan mereka itu.

“Takkan tak tahu pula selepas dapat peluang menjadi menteri? Bagi Rafizi, dia dan PH tidak pernah salah, perfect dan sentiasa benar dalam semua hal.

“Ironinya, kebencian para pengundi kepada ‘formula sampah yang tidak pernah berjaya’, ucapan bernada bongkak, memandang rendah orang lain, perasan bijak, membina persepsi dengan menipu, menghina dan mencela dalam ‘bahasa baku’ – telah mendorong para pengundi memberikan mereka pengajaran dalam PRU-15.

“Pengundi tidak lagi mampu berpegang kepada ‘politik persepsi’ yang dibina oleh Rafizi daripada kaedah lapuk itu,” jelas Muhammad Sanusi lagi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa ‘tsunami hijau’ orang Melayu pada PRU-15 lalu akan terus membesar dari sehari ke sehari setiap kali Rafizi membuka mulut besarnya.

“Orang ramai sudah tahu prestasi sebenar beliau di sebalik ucapan-ucapan kempen PRU-15 yang kini memakan diri sendiri. Saya sebetulnya sangat berharap dia terus bercakap seperti itu.

“Kalau dia (Rafizi) rasa dia sangat bijak, dia juga perlu sedar orang lain juga tidak bodoh,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
6 jam lalu· Isu semasa
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu· Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
16 jam lalu· Politik
Khairy bijak, terserah kepadanya untuk buat keputusan: Muhyiddin
January 28, 2023· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
3 jam lalu · Politik
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
5 jam lalu · Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok