Rafizi gagal beri bukti, buat fitnah jatuhkan reputasi saya: Tuan Ibrahim

November 12, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PKR yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen P.100 Pandan, Selangor, Rafizi Ramli hanya membuat fitnah bagi menjatuhkan reputasi musuh politiknya.

Ini terbukti apabila, dia gagal menunjukkan bukti kukuh mengatakan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terlibat dalam menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion ketika menjadi menteri kerajaan sementara.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS dalam satu kenyataan hari ini (12 November 2022) berkata Rafizi memberitahu akan menjawab kenyataannya dan mengemukakan bukti kukuh tentang tuduhan dibuatnya.

“Namun, Rafizi telah membuat sidang media pada 11 November 2022 pada jam 10.30 pagi bertujuan kononnya untuk menjawab tuntutan yang saya kemukakan dan memberi bukti kukuh tentang tuduhan yang beliau lakukan terhadap saya.

“Bagaimanapun, terbukti bahawa sidang media tersebut hanya menguatkan lagi sangkaan ramai pihak bahawa Rafizi hanya membuat tuduhan palsu dan penyelewengan fakta berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi saya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata dalam sidang media itu, Rafizi menyatakan bahawa surat bertarikh 7 Oktober 2022 dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memaklumkan keputusan Menteri Kewangan meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd.

“Berdasarkan kepada Surat tersebut, adalah jelas bahawa kelulusan tersebut bukanlah dibuat oleh saya ataupun KASA. Surat tersebut dikeluarkan pada 7 Oktober 2022, sebelum Parlimen dibubarkan dan bukan semasa tempoh kerajaan sementara (caretaker).

“Sidang media yang dibuat oleh Rafizi juga gagal sama sekali mendedahkan bukti keterlibatan saya dalam kelulusan projek termasuk usaha saya atau KASA untuk menganugerahkan projek tersebut ketika kerajaan sementara (caretaker).

“Saya juga telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh kerajaan sementara (caretaker) ke arah menganugerahkan projek tersebut,” katanya lagi.

Oleh itu, Tuan Ibrahim berkata telah terbukti dengan jelas bahawa kenyataan Rafizi, termasuk sidang media itu adalah satu fitnah jahat bagi menghancurkan reputasi beliau dan PAS.

“Saya telah mengarahkan peguam saya, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid untuk memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi sebaik sahaja menerima jawapan bertulis daripada peguam Rafizi atau selepas tamatnya tempoh tujuh hari yang telah diberikan,” katanya.

Surat tuntutan kepada Mohd Rafizi bin Ramli telah dihantar oleh peguam, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid pada 10 November 2022.

Tuntutan yang dikemukakan antaranya ialah Rafizi memberi akujanji bertulis untuk berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan tuduhan yang beliau lakukan kepada saya, dan membuat permohonan maaf dalam jangkamasa 7 hari daripada tarikh surat tersebut. Jangkamasa 7 hari akan berakhir pada 17 November 2022.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok