Rafizi dedah sikap hipokrit diri sendiri, PH hari ini

November 15, 2022 · Politik

Kenyataan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pandan bahawa parti itu akan menggunakan peruntukan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) terhadap mana-mana calon lawan yang mengeluarkan pernyataan bersifat jahat sepanjang kempen PRU-15, menyerlahkan wajah sebenar dirinya yang hipokrit.

Ini kerana Timbalan Presiden PKR itu sendiri yang mengeluarkan kenyataan bersifat jahat ketika kempen PRU-15, dengan membuat beberapa dakwaan salah laku dilakukan pihak lain, termasuk tuduhan terhadap Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini, Rafizi membuat pendedahan berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion dan mendakwa kononnya kementerian itu dalam proses untuk menganugerahkan projek secara runding terus kepada kontraktor yang dilantik.

Menurutnya tindakan itu jelas melanggar undang-undang kerana tiada sebarang keputusan aku janji atau anugerah boleh dibuat dalam tempoh kerajaan sementara, selain mendakwa mendapat maklumat bahawa projek itu dalam proses untuk diluluskan dalam tempoh dua minggu.

Tetapi, tuduhan Rafizi itu tidak pula disusuli dengan membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuan Ibrahim ketika menjawab tuduhan itu menegaskan beliau tidak pernah meluluskan sebarang projek di bawah kementerian itu sejak Parlimen dibubarkan.

Malah Timbalan Presiden Pas itu juga memaklumkan tarikh surat berkenaan juga dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan bukan semasa tempoh kerajaan sementara atau ‘caretaker’.

“Sidang media yang dibuat oleh Rafizi juga gagal sama sekali mendedahkan bukti keterlibatan saya dalam kelulusan projek termasuk usaha saya atau KASA untuk menganugerahkan projek berkenaan ketika kerajaan sementara (caretaker).

“Saya juga sudah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh ‘caretaker’ ke arah menganugerahkan projek berkenaan.

“Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa kenyataan Rafizi termasuk sidang media semalam adalah satu fitnah jahat bagi menghancurkan reputasi saya khususnya, dan juga parti Pas umumnya,” kata Tuan Ibrahim pada 12 November lalu.

Memetik BHonline, Rafizi hari ini (15 November 2022) berkata implikasi penggunaan akta itu termasuk kemenangan kerusi yang ditandingi calon terbabit, boleh dicabar.

Merujuk kepada beberapa kenyataan bersifat jahat sejak kempen PRU15 bermula, antaranya kenyataan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir dan pelakon serta pengarah, Zul Huzaimy baru-baru ini, Rafizi berkata, sebelum ini tidak ada tindakan sedemikian diambil terhadap calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, kempen bersifat jahat itu sudah lama dilakukan sejak 1980-an terutama di negeri Pantai Timur dengan tuduhan kafir mengkafir antara parti politik.

Berita berkaitan
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok