Radzi tentang lima calon lain, harap dapat cipta #EraBaharuPutrajaya

November 5, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Parlimen P125 Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin akan berdepan lima lagi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada 19 November ini.

Lima calon lain ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang juga penyandang mewakili Barisan Nasional; Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (Pakatan Harapan); Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang); dan dua calon Bebas, Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi.

Selepas penamaan calon di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 berakhir pada 10 pagi, pegawai pengurus pilihan raya Putrajaya Shamshul Joehari Zainal Mokhtar mengumumkan enam calon yang layak dalam perebutan kerusi itu.

Untuk rekod, Parlimen Putrajaya mempunyai 42,881 pengundi berdaftar.

Sementara itu, Dr Radzi bersyukur kerana secara rasmi telah disahkan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional bagi kerusi P125 Putrajaya dengan nombor 5.

“Pastinya nombor 5 ini mempunyai signifikan tersendiri kepada saya. Insya-Allah, dengan strategi, sokongan dan kerja keras seluruh pendokong PN, kita mampu menamatkan dominasi parti lawan yang ‘beraja’ di sini dalam empat PRU lalu.

“Terima kasih kepada semua pendukung Perikatan Nasional yang hadir memberikan sokongan. Terima kasih juga kepada kepimpinan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul amanah merampas kerusi Putrajaya yang cukup signifikan ini.

“Proses pertama telah selesai. Sekarang masa untuk kita bekerja. Dampingi dan kenalilah setiap warga Putrajaya. Jelaskan kepada saudara, rakan-rakan kita di sini mengapa mereka perlu memilih Perikatan Nasional,” katanya selepas penamaan calon itu.

Dr Radzi yang juga Menteri Pendidikan kerajaan sementara yakin menerusi gerak kerja tersusun Perikatan Nasional akan mencipta #EraBaharuPutrajaya pada malam 19 November ini.

“Kepada saudara, rakan-rakan pengundi Putrajaya, saya dengan rendah diri memohon diberikan peluang mengemudi Putrajaya untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Laksanakanlah tanggungjawab saudara, rakan-rakan sebagai pengundi sebaiknya dan buatlah pilihan dengan jiwa yang tenang dan penuh sedar. Insya-Allah, kita mampu mengubahnya,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok