Radzi bidas UMNO jangan rasa besar sangat, ingat rakyat sama

October 1, 2022 · Politik

Tindakan UMNO yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera dan tergesa-gesa semasa rakyat dilanda musibah banjir dikecam Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin sebagai angkuh sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.

Keputusan UMNO yang meminta Perdana Menteri supaya mengadap Yang di-Pertuan Agong segera bagi mengadakan PRU-15 tahun ini juga menunjukkan parti itu terlalu merasakan mereka lebih besar dalam membuat keputusan secara membabi-buta sehingga tidak memikirkan nasib rakyat dilanda kesusahan, kata Radzi.

“Inilah UMNO, dia rasa dia besar sangat. Dia tak tahu yang rakyat Malaysia ini lagi besar.

“Tapi dalam apa juga keadaan ada pihak yang meletakkan kepentingan politik melebihi segalanya dan ini menyukarkan rakyat. Tapi rakyat tahu apa pilihan terbaik apabila sampai PRU-15 nanti,” katanya.

Radzi mengulas keputusan UMNO semalam yang menegaskan PRU-15 akan tetap diadakan pada masa terdekat tahun ini juga walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda negara sepanjang sekitar November-Disember tahun ini.

Radzi yang juga Menteri Pendidikan berkata langkah mengadakan PRU-15 pada hujung tahun bukan sahaja membebankan rakyat bahkan menyulitkan pihak pengurusan sekolah yang mungkin memerlukan kemudahan itu untuk tujuan pemindahan mangsa-mangsa banjir.

“Kalau hari-hari bangun pagi bercakap pasal pilihanraya kita tak ke mana kerana ini (PRU) akan menimbulkan kesulitan sebab sekolah diperlukan untuk kegunaan pemindahan semasa banjir.

“Mengambil kira kesusahan rakyat sejak dua tahun lalu, kita ada rasa simpati dan rasa belas kasihan kepada rakyat,” katanya.

Jelasnya, pilihan raya bukan keutamaan ketika ini kerana kepentingan rakyat yang terbeban sepatutnya perlu didahulukan, malah tidak lama lagi negara perlu melakukan persediaan untuk menghadapi musibah banjir yang diketahui umum berlaku pada hujung tahun.

“Dalam hidup ini bukan semuanya pasal pilihan raya, ada banyak perkara yang perlu diberikan keutamaan.

“Jadi tumpuan kita (Bersatu) adalah perkara-perkara yang berkait dengan kebajikan rakyat dan kita tahu bahawa rakyat tak nak PRU diadakan pada waktu banjir,” katanya lagi.

Namun, sekiranya PRU-15 terpaksa juga diadakan susulan desakan UMNO sehingga Perdana Menteri tunduk, Radzi berkata tiada pilihan lain dan persediaan perlu diambil bagi memastikan perjalanan proses pilihan raya berjalan lancar dengan keselamatan rakyat terjamin.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai Menteri Kanan Pendidikan, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya keputusan mengadakan PRU-15 diteruskan tahun ini.

“Dalam konteks keperluan menggunakan sekolah, kementerian sentiasa memberi kerjasama dan sokongan sama ada untuk menggunakan sekolah sebagai pusat pemindahan banjir ataupun sebagai pusat pengundian

“Ini sebahagian daripada tindakan kita sejak sekian lama. Dalam apa juga keadaan, kalau perlukan untuk banjir (sekolah) maka kami bersedia,” katanya.

Mengulas mengenai desas-desus beliau akan bertanding di Kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-15 ini, beliau menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti.

“Soalan itu sudah ditanya banyak kali, apa sahaja keputusan parti nak suruh saya bertanding kat mana atau tak payah bertanding, saya akan akur,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok