Puji ketegasan Ismail Sabri walau diasak UMNO, Kluster Mahkamah

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Dr Muhammad Faiz Na’aman memuji Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana kekal tegas dan berprinsip untuk tidak mencampuri urusan mahkamah dan institusi kehakiman.

Menurutnya mungkin disebabkan memegang prinsip itu juga Ismail Sabri kini sedang diasak dari segenap penjuru oleh beberapa pemimpin UMNO yang sudah tidak sabar untuk meruntuhkan kerajaan sendiri sekali lagi.

Beliau berkata Kluster Mahkamah dan penyokong mereka mungkin lupa diri bahawa kestabilan serta keharmonian tadbir urus negara bukan sekadar bergantung kepada dominasi satu parti tunggal yang mewakili satu kelompok kaum semata-mata.

“Mungkin Kluster Mahkamah dan para penyokongnya lupa diri bahawa kestabilan serta keharmonian tadbir-urus negara ini bukan sekadar bergantung kepada dominasi satu parti tunggal yang mewakili satu kelompok kaum semata-mata.

“Namun atas kerjasama serta perkongsian kuasa yang adil antara semua pihak yang bernama warganegara Malaysia termasuk mereka di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Faiz berkata keghairahan beberapa pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini yang membuat desakan terbuka ke atas Perdana Menteri agar PRU dilaksanakan secepat mungkin adalah tindakan pentingkan diri dan boleh dianggap khianat terhadap hak Yang di-Pertuan Agong dalam perihal kuasa membubarkan Parlimen.

“Biarpun Datuk Seri Ismail Sabri itu dari parti yang berlainan dari saya, namun kebiadaban sesetengah warga UMNO yang menjerit “bubar Parlimen” ke arahnya, video tindakan Presiden UMNO menolak beliau ke tepi untuk beri laluan kepada “National Embarrassment” serta menyisihkan Perdana Menteri kita itu dari karpet merah ketika di PWTC menunjukkan sikap kurang ajar dan angkuh Kluster Mahkamah,” katanya.

Artikel penuh di ruang RENCANA

BERITA BERKAIT
POPULAR