Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia

March 23, 2023 · Politik

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata ada puak politik liberal yang kini melindungi acara tidak bermoral dan songsang secara terbuka dan bebas, termasuk ideologi lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).

Tanpa menyatakan mana-mana parti politik, beliau menjelaskan perlindungan yang diberikan puak politik liberal itu menyebabkan acara dan program untuk dakyah agama tertentu dilakukan dengan bebas.

Beliau menegaskan hakikatnya golongan itulah yang melakukan provokasi berbaur sentimen menghasut perkauman dan agama melampau yang menggugat dan mengancam perpaduan rakyat Malaysia.

“Itu nilai politik kotor dan jahat mereka cuba doktrin tanamkan dalam minda dan kepercayaan serta perlakuan masyarakat negara kita. Dalam masa sama mereka runtuhkan nilai politik yang bersih dan sejahtera berasaskan iman dan takwa.

“Iaitu dengan menyekat dan menghalang politik di tempat-tempat yang baik dan soleh. Mereka mendesak politik mesti dipisahkan daripada agama. Larangan itu sebenarnya satu helah,” katanya menurut Harakah.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata golongan tersebut menterbalik, merungkai dan memudaratkan segala perpaduan, penghormatan, martabat dan jaminan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya mereka menggunakan kuasa jawatan dan kedudukan yang ada termasuk mempengaruhi pihak penguat kuasa untuk bertindak bagi memenuhi motif politik dan kepentingan tertentu.

“Sampaikan khutbah Jumaat di masjid untuk mendukung kemakmuran negeri menerusi pembangunan dirancang dan aktiviti ekonomi pun mereka bantah. Sedangkan usaha itu untuk kebaikan rakyat dan masa depan negeri.

“Tetapi himpunan awam yang dicemari promosi LGBTQ, termasuk terkini dalam Ramadan ini mahu dilangsungkan pesta ‘jantan dengan jantan’ songsang dan perasmian bar di Kuala Lumpur, mereka tidak bantah.

“Ini menunjukkan golongan tersebut semakin berani mempromosikan secara terbuka dan bebas, seolah-olah ada ‘pelindung’ terhadap kegiatan, aktiviti dan motif golongan tersebut.

“Kita tak tahu arah tuju politik mereka nak bawa ke mana? Tapi nampaknya macam ‘menjaga’ kepentingan golongan liberal, sebaliknya kepentingan agama disekat. Ini tindakan yang salah,” katanya.

Beliau yakin rakyat Malaysia terutama orang Melayu-Islam begitu sedar dan celik dengan perkembangan tersebut serta bertekad menyelamat negara ini daripada dirosakkan golongan tersebut.

Berita berkaitan
Tak nampak kerajaan cari jalan tangani kemerosotan ringgit dan pelaburan: Gerakan
May 24, 2023· Politik
Timbalan Presiden KDM keluar parti sekali lagi, jadi ADUN Bebas
May 21, 2023· Politik
Lantikan politik pemimpin DAP dalam kerajaan bukan jilat ludah: Sheikh Umar
May 18, 2023· Politik
Apa benda ini kata saya liberal, tunduk kepada DAP: PMX
May 18, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
9 jam lalu · Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
12 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok