Puad yakin UMNO akan kembali berkuasa, hanya DAP yang takut

August 14, 2021 · Politik

Seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi yakin partinya akan kembali berkuasa selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa memiliki majoriti yang minoriti di Dewan Rakyat ketika ini.

Puad yang berada dalam kem Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan yang diumumkan oleh Muhyiddin semalam tidak akan mendapat sambutan daripada parti pembangkang dan setakat ini hanya Ahli Parlimen DAP Damansara, Tony Pua seakan menerima tawaran tersebut hanya kerana takut UMNO akan kembali berkuasa.

“Setakat ini hanya Tony Pua DAP nampak setuju dengan offer (tawaran) dari Muhyiddin. Beliau takut UMNO kembali berkuasa,” kata Puad yang yakin krisis yang berakhir akan memihak kepada UMNO.

Puad juga terlalu girang dan gembira apabila parti pembangkang termasuk UMNO menolak tawaran dibuat Muhyiddin semalam yang disiarkan secara langsung.

“Tidak sampai 24 jam, ne deal beliau ditolak mentah-mentah oleh semua parti politik pembangkang termasuk UMNO,” katanya teruja.

Semalam, Muhyiddin menyenaraikan tujuh perkara dalam cadangannya kepada parti-parti pembangkang bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan yang menurut beliau boleh mencetuskan risiko kekosongan kuasa ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Antara lain, beliau berjanji untuk menyalurkan peruntukan dana yang sama rata kepada semua ahli Parlimen, menggubal undang-undang anti lompat parti, menghadkan penggal jawatan perdana menteri, dan memastikan perwakilan Ahli Parlimen yang seimbang sama ada daripada kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen.

Muhyiddin juga turut berjanji untuk melaksanakan Undi 18 bagi membolehkan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mengundi pada pilihan raya akan datang.

14 MP UMNO termasuk diketuai Zahid sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu· Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
11 jam lalu· Politik
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
14 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
15 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
17 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
17 jam lalu · Politik
Kalau tak semua mungkin tempat tertentu, PAS berunding kerusi dengan UMNO
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok