Puad tak mahu Menteri UMNO dipetik kes rasuah Zahid letak jawatan

June 24, 2022 · Politik

Beberapa nama Menteri daripada UMNO yang dipetik dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak digesa Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu tidak menggesa nama pemimpin UMNO yang dipetik saksi dalam kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) agar meletak jawatan, malah Presiden UMNO dan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak yang sedang dibicarakan juga tidak perlu meletak jawatan mereka.

Bagi Puad, pemimpin UMNO yang dipetik saksi semasa perbicaraan UKSB adalah bersih dan suci selepas penafian dibuat mereka baru-baru ini.

Nama pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri dipetik dalam perbicaraan Zahid adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Untuk rekod, pemimpin UMNO tersebut sudah membuat penafian selepas Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terawal membuat kenyataan menafikan pendedahan saksi dalam kes Zahid tersebut.

Malah, Muhyiddin juga menyatakan kesediaan dan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan yang dibuat oleh saksi UKSB tersebut.

Namun, Puad yang juga pengikut tegar Zahid hanya meminta Muhyiddin meletak jawatan tetapi tidak sebaliknya Menteri UMNO lain yang juga dipetik nama mereka dalam kes tersebut.

‚ÄúLebih wajar Muhyiddin letak jawatan pengerusi MPN sehingga namanya dibersihkan. Terima RM100K kononnya dana daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad) boleh didakwa. Maka tidak ada sebab Muhyiddin terkecuali,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan Puad hanya memfokuskan terhadap Muhyiddin yang tetapi tidak pula kepada pemimpin UMNO lain yang juga dipetik nama mereka dalam kes UKSB tersebut.

Sikap Puad itu mencerminkan dirinya yang berat sebelah dan seakan mempunyai sifat dendam terhadap Muhyiddin.

Terdahulu David Tan mendakwa lima lagi ahli politik yang menerima dana daripada UKSB ialah Khairy; Reezal Merican; Hishammuddin; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; dan Anifah.

Zahid, 69, kini berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu· Isu semasa
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
2 jam lalu· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
7 jam lalu· Politik
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
7 jam lalu· Isu semasa
Popular
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
July 2, 2022
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
July 2, 2022
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022
Lagi Politik terkini
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
8 jam lalu · Politik
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
9 jam lalu · Politik
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
9 jam lalu · Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
10 jam lalu · Politik
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok