Puad naik angin dengan Annuar selepas sindir Presiden UMNO

June 27, 2022 · Politik

Susulan sindiran pedas Tan Sri Annuar Musa terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebabkan pengikut setianya Datuk Mohd Puad Zakarshi naik angin.

Annuar yang sebelum ini dipecat Zahid sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mengulas isu penyingkiran Ahli Parlimen (MP) Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) dengan mendakwa sebelum ini UMNO tidak pernah mengamalkan budaya pecat memecat.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, UMNO semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah memecat individu yang berbeza pendapat tetapi Puad sebaliknya berkata perkara itu tidak benar.

“Siapa kata Mahathir tidak pernah pecat orang?

“Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sampai hilang jawatan Timbalan Presiden. Annuar membisu bila Tan Sri Muhyiddin (Yassin) pecat Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengerusi Prasarana,” katanya Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam satu hantaran di Facebook.

Puad juga menyangkal dakwaan Annuar yang mengatakan pemecatan Tajuddin boleh mencetuskan krisis dalaman parti adalah tidak berasas.

“Tajuddin MT dilantik. Dia digugurkan untuk diganti oleh orang lain. Takkan itu pun Annuar Musa tidak faham.

“Annuar cuba menghasut dengan mengatakan tindakan terhadap Tajuddin berisiko cetuskan krisis dalam parti.

“Krisis boleh berlaku bila ada tukang kipas dan batu api yang mengapikannya. Menggugurkan orang yang dilantik dan diganti dengan orang lain adalah normal,” kata Puad.

Tajuddin yang disingkir digantikan tempatnya dengan pengikut Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil.

Pada mesyuarat MT Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak hadir dan ia menimbulkan spekulasi berlakunya protes terhadap tindakan dikenakan ke atas Tajuddin yang diketahui sering membelanya dalam mesyuarat badan tertinggi parti itu.

Tajuddin digugurkan daripada MT UMNO pada Khamis lalu.

Zahid berkata pengguguran Tajuddin disebabkan tindak-tanduk beliau ketika mengkritik parti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
2 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok