PRU15: UMNO tanding solo, tiada Bersatu, Anwar, DAP

March 28, 2021 · Politik

Oleh Wartawan Agenda Daily

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa parti itu akan bertanding secara sendirian atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Perlu saya tegaskan pendirian kita dalam menghadapi PRU15. Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi… no PPBM, no Anwar, no DAP.

“Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kita tetap akan bertanding menggunakan panji-panji Barisan Nasional,” katanya menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di PWTC.

Beliau berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN telah memutuskan gabungan parti itu akan bertanding sendirian atas jenama BN dan lambang dacing.

“Kita bukan riak bukan takbur. Kita akan bertanding bersendirian dengan lambang Barisan Nasional. Biar saya jelaskan, once and for all, untuk UMNO menjadi dominan semula selepas PRU-15, pertamanya, kita mesti menang kerusi terbanyak.

“Kedua, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita,” katanya tanpa menyatakan akan berunding dengan PAS untuk berdepan PRU15 nanti.

Pada masa sama, Zahid tanpa merujuk kepada mana-mana pihak berkata, UMNO menolak pembelot dan pengkhianat.

“Kita tidak mahu makhluk perosak yang memusnahkan parti. Budaya lompat parti semakin menjadi-jadi. Pengundi dan rakyat dikhianati. Jawatan dan ghanimah ditukar dengan maruah diri. Apakah budaya ini menjadi amalan yang akan diwarisi?

“Sedarlah, politik ini ditentukan oleh kluster rakyat. Bukan kluster gila kuasa, bukan kluster broker, bukan kluster oportunis atau kluster lompat pagar,” katanya.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
58 minit lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
3 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
24 jam lalu· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Saya pula dipecat oleh ‘UMNO Zahid Sdn Bhd’, kata Tun Faisal
January 31, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
30 minit lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
3 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
4 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
5 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
14 jam lalu
[VIDEO] Rekod banduan tetap ada walaupun diampunkan
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok