PRU-15: PN fokus kebajikan rakyat Hulu Terengganu

November 10, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Hulu Terengganu lebih memberi tumpuan kepada soal kebajikan rakyat di kawasan itu selain pendidikan dan pembangunan.

Datuk Rosol Wahid berkata sambil berkempen beliau turut melihat keperluan-keperluan asas pengundi di Hulu Terengganu.

“Fokus kebajikan ini saya akan melihat rumah-rumah yang belum ada bekalan elektrik, masalah banjir kilat, perumahan dan sebagainya.

“Kedua, pendidikan. Kita tahu pendidikan perkara penting untuk tingkatkan taraf hidup. Maka saya dari dulu lagi tekankan kepada pendidikan,” katanya, lapor Sinar Harian, hari ini (10 November 2022).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Terengganu berkata tidak mahu mendengar anak-anak di Hulu Terengganu tercicir dalam pelajaran kerana masalah kemiskinan.

“Kita akan bantu sedaya mungkin untuk pastikan setiap mereka yang layak belajar, teruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Tambahnya, soal pembangunan juga akan dibawa di Parlimen jika diberi mandat kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Rosol akan bertanding menggunakan logo PAS pada PRU-15 dan kali ini beliau dicabar Datuk Rozi Mamat (BN), Alias Ismail (PH) dan Mohd Khadri Abdullah (GTA).

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok