PRU15: MIC tak pasti pilih UMNO

April 2, 2021 · Politik

MIC akan pertama kali bertanding sebagai pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika mengikut rentak UMNO, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan.

Sehubungan itu, MIC belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana gagasan, sama ada kekal bersama UMNO atau memilih Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15 nanti.

Tidak seperti UMNO yang membuat keputusan rasmi tidak bekerjasama dengan Bersatu dan kerajaan PN, MIC sebaliknya mengambil sikap tunggu dan lihat, serta mengutamakan kepentingan rakyat.

“MIC perlu mengkaji terlebih dahulu sebarang keputusan. Ini kerana, MIC perlu mengambil kira kepentingan rakyat, bukan sekadar kehendak ahli di peringkat akar umbi,” katanya di Klang, hari ini.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) berdepan risiko kalah sekali lagi sebagaimana yang berlaku pada PRU lalu, jika gagal mendengar aspirasi rakyat.

Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, beliau hanya akan mengikut pendirian presiden, dan perwakilan untuk membuat keputusan.

“Bagaimanapun kita kena bezakan di antara dua darjat iaitu aspirasi ahli parti di peringkat akar umbi dan dan rakyat. Sebelum ini pada PRU 2018, kita ikut aspirasi akar umbi iaitu ahli parti tetapi aspirasi rakyat berbeza sebab itu kita kalah.

“Kalau kita ikut aspirasi ahli parti sahaja kita tidak menang. MIC pula bakal bertanding sebagai pembangkang buat pertama kali jika membuat keputusan yang sama dengan UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok