PRU15: Bersatu, PAS Terengganu bincang pembahagian kerusi

April 6, 2021 · Politik

Selepas beberapa negeri mengetepikan UMNO dalam pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kini Bersatu dan PAS Terengganu pula dikatakan mengambil langkah sama.

Ini disahkan oleh Timbalan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, sembil menegaskan mereka tidak akan mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai pembahagian kerusi itu.

Ini kerana, katanya, UMNO telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15 akan datang.

“UMNO dah lock. Lebih mudah kita bincang dengan dua pihak sahaja berbanding dengan tiga pihak,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Bersatu dan PAS Pahang serta Perak membentuk kerjasama tanpa UMNO bagi persiapan menghadapi PRU15 akan datang.

Difahamkan, Bersatu dan PAS Terengganu juga menubuhkan jawatankuasa bersama bagi membincangkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk rekod, Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS pada PRU14 iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO menang dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Parlimen Hulu Terengganu berpindah menjadi milik Bersatu setelah Rosol mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
14 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
2 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
4 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
8 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok