PRU terakhir buat saya: Muhyiddin

October 14, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan bersikap seperti ‘menongkat langit’ atau selama-lama berada di atas dalam menerajui parti politik.

Tegas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu apabila sampai masanya, beliau akan menyerahkan kepimpinan PN dan Bersatu kepada pemimpin lain yang layak.

Atas dasar itu juga kata Muhyiddin yang juga bekas penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu, beliau menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai pilihan raya terakhir yang akan disertainya.

“Saya tidak sewajarnya menongkat langit, sampai dah jadi tua bangka, jangan salah faham.

“Saya fikir dalam situasi terkini banyak juga yang berkualifikasi, berpengalaman. Tengok kabinet saya terdahulu.

“Jadi masa saya sudah sampai. Ini penyertaan terakhir saya. Saya serahkan kepada pengundi, nak saya lagi atau tidak? Kalau ya, saya teruskan, jika tidak, saya balik kampung,” katanya pada sidang media di Masjid Pekan Panchor pada Jumaat.

Terdahulu Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Pagoh menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan dan menghadiri kenduri rakyat.

Muhyiddin berkata, tidak timbul soal pengganti susulan penggundurannya nanti.

“Kerana dalam parti saya, Bersatu khususnya, kita banyak tokoh-tokoh yang dah berpengalaman, di kalangan yang muda termasuk wanita, ramai.

“Malahan di Pagoh pun ada. Itu satu pertimbangan,” katanya.

Muhyiddin menambah, pada usia 75 tahun, beliau telah berkhidmat untuk negara hampir 50 tahun.

Oleh sebab itu beliau yakin masa depan parti ada dalam kalangan pimpinan sedia ada untuk meneruskan.

“Apa pun, sementara itu, kerana kita berdepan PRU-15, saya diminta untuk meneruskan dan menawarkan diri untuk bertanding, di sini juga (Pagoh),” katanya. – SB

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
44 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok