PRU musim bencana: PN yakin rakyat keluar untuk undi protes

October 10, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menghormati hak Perdana Menteri membubarkan Parlimen setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan pada masa sama keputusan itu memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan tepat memilih kerajaan baharu.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 mulai hari ini (10 Oktober 2022) setelah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengulas pengumuman itu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat ghairah untuk melaksanakan hak mereka menerusi kertas undi bagi memilih kerajaan yang mengambil berat masalah mereka.

“Dan, saya rasa Perikatan Nasional menawarkan kepada rakyat apa yang mereka kehendaki.

“Ini bermakna satu kesempatan untuk rakyat membuat perubahan besar supaya apabila selesai pilihan raya mereka akan memperoleh sebuah kerajaan yang beramanah, berintegriti dan bertanggungjawab.

“Bagi PN, isu amanah, integriti dan bertanggungjawab tidak boleh dikompromi,” katanya pada sidang media setelah mengadakan mesyuarat dengan PN Pahang di Temerloh, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata PRU-15 diadakan ketika rakyat berdepan masalah dan pastinya rakyat akan mengambil kesempatan untuk memprotes tindakan mengadakan pilihan raya ketika musim hujan dan banjir.

“Kita berdoa supaya tidak ada satu keadaan musibah banjir yang teruk yang menyebabkan rakyat tidak boleh keluar mengundi… namun inilah realitinya yang harus dihadapi,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Muhyiddin berkata walaupun sebelum ini PN turut membantah PRU diadakan ketika musim tengkujuh, namun menghormatinya apabila keputusan dibuat mengikut Perlembagaan.

“Bagi saya adalah penting untuk rakyat keluar mengundi bagi menyelamatkan negara daripada terus berhadapan dengan pelbagai masalah yang terganggu akibat ketidakstabilan politik, di mana masalah ekonomi juga akan bertambah rumit.

“Jadi ini pastinya akan menjadi perhatian utama Perikatan Nasional. Kami (PN) adalah parti yang prihatin rakyat… yang bergerak atas dasar prinsip integriti… dan juga akan melaksanakan apa yang kita fikirkan terbaik untuk rakyat… insya-Allah,” katanya.

Menjawab soalan, bekas Perdana Menteri itu menolak dakwaan bahawa parti lawan terutama UMNO, memiliki kubu kuat untuk menang dalam PRU ini.

“Daripada laporan yang saya terima… jika pun ada kubu kuat, BN menang pada PRU-14 lalu pun tidaklah besar. (Kini) dengan gabungan PAS dan Bersatu serta Gerakan, ianya suatu perkembangan baik kepada PN.

“Dengan gerak kerja yang dilakukan PN dan perkembangan di dalam UMNO serta BN sendiri, telah menunjukkan kedudukan kami (PN) semakin kukuh,” katanya.

Malah, Muhyiddin berkata daripada kajian sikap yang dijalankan menunjukkan rakyat termasuk orang muda tidak mendukung mereka yang tidak berintegriti.

“Lebih lagi kita tahu apakah isu dan masalah yang UMNO dan BN hadapi. Semuanya berkaitan integriti yang dikaitkan dengan subjek dan kes-kes mahkamah, dan rasuahnya.

“Yang itu tidak memberikan satu gambaran yang boleh mengukuhkan kedudukan UMNO. Jadi bagi kami (PN) bila ada pilihan raya tak kisah apa pun. Nak gempur kubu… dah kita tembus… dan kita yakin dengan gerak kerja yang kita atur dan susun… insya-Allah kita boleh mencapai kemenangan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok