PRU musim banjir: PM, Zahid bertanggungjawabkah jika nyawa hilang?

September 19, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab terhadap kerosakan dan kematian jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan ketika musim banjir.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata negara tidak sepatutnya menderita disebabkan “kepentingan diri” Zahid berhubung tekanan UMNO terhadap perdana menteri untuk mengadakan PRU-15 dengan segera.

“Satu-satunya soalan saya ialah: Adakah Ismail Sabri dan Ahmad Zahid bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya nyawa terkorban dan harta benda rosak jika PRU akan datang diadakan pada musim tengkujuh?” kata Lim.

“Berdasarkan pengalaman tahun lepas, orang ramai dapat menilai tindak balas kerajaan terhadap banjir besar yang melanda dan adalah wajar bagi rakyat tidak mahu kehilangan tempat tinggal atau nyawa semasa musim tengkujuh tahun ini,” tambahnya.

Zahid dituduh oleh ahli Parlimen pembangkang mendesak PRU-15 diadakan segera dengan harapan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO menang dan dia akan dapat mencari jalan keluar daripada puluhan kes rasuah yang dihadapinya di mahkamah.

Sejak beberapa bulan lalu, Zahid dan sebahagian besar pemimpin UMNO berulang kali mendesak Ismail Sabri, yang juga naib presiden parti itu, untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 dengan segera kerana berpendapat sokongan kepada BN berada pada tahap tinggi, berikutan kemenangan beberapa pilihan raya negeri.

Walaupun pada mulanya berdepan dengan tekanan, Ismail Sabri pada Sabtu lalu berkata PRU-15 “sangat hampir” untuk diadakan dengan tarikh yang akan ditetapkan bersama ‘Top 5’ UMNO.

Bertentangan dengan tuduhan Zahid bahawa PH memerlukan PRU tahun depan untuk “terus memburuk-burukkan BN” khususnya UMNO,
Lim berkata parti itu sudah lama tercemar dengan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah berdasarkan pelbagai kes mahkamah.

“Ia turut melibatkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Zahid sendiri ketika menjadi timbalan perdana menteri.

“Negara tidak perlu menderita akibat objektif Zahid yang mementingkan diri sendiri dan tekanan UMNO yang diterajui oleh Zahid sendiri sebagai presiden parti,” katanya.

Sabtu lalu, Zahid dilaporkan berkata PRU-15 mesti diadakan dengan segera walaupun semasa musim banjir melanda negara dan membidas pembangkang yang didakwa kepanasan kerana takut akan kalah.

Cakap-cakap mengenai PRU-15 semakin berlegar apabila Ismail Sabri terus mendapat tekanan daripada partinya untuk mengadakan PRU.

Khabar angin ini terus diperkuatkan lagi apabila Ismail Sabri mengumumkan bahawa Kabinetnya akan membentangkan Bajet 2023 tiga minggu lebih awal, iaitu pada 7 Oktober, dengan penganalisis meramalkan bahawa beliau akan membubarkan Parlimen pada hari berikutnya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
24 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok