PRU musim banjir buka peluang manipulasi kiraan undi: Ahli MPT

October 9, 2022 · Politik

Pihak tertentu berpeluang memanipulasi kiraan undi selain membataskan hak pengundi, sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh dan banjir.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata pelbagai perkara boleh berlaku ketika cuaca buruk, terutama kertas undi rosak serta peti undi hilang, sekali gus memberi kesempatan pihak tertentu memanipulasi kiraan undi dan menang.

Malah, menurutnya jika berlaku banjir, kemungkinan ramai pengundi tidak dapat menunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang diingini apabila tidak dapat pulang, malah ada yang terputus jalan perhubungan untuk keluar mengundi.

Lebih teruk lagi, katanya, kebanyakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) mungkin akan dinaiki atau ditenggelami banjir, terutama kawasan yang mudah dilanda bencana itu.

“Kesan daripada ini, bukan saja peratusan mengundi rendah, malah mana-mana parti yang menang sebenarnya tidak mendapat mandat sepenuhnya oleh rakyat.

“Akhirnya, selepas PRU-15, kerajaan yang ditubuhkan tidak stabil, menyebabkan ramai rakyat yang selayaknya keluar mengundi tidak dapat mengundi akan mengadakan protes.

“Bagi Bersatu, mengadakan PRU-15 dalam keadaan ‘huru-hara’ (cuaca buruk) adalah sesuatu yang tidak sihat kerana sudah pasti hak mengundi rakyat tidak dipenuhi,” katanya selepas Kejohanan Golf Jemputan Piala Dato Farid Zawawi, di Kelantan Golf & Country Club, Pengkalan Chepa.

Mengulas lanjut, Mohamed Farid yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu berkata PRU adalah kunci terbesar kerana Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya memikirkan masa sesuai untuk mengadakan PRU, bukannya tergopoh-gapah menyebabkan hak memilih rakyat hilang.

“Walaupun isu memanupulasi undi jarang berlaku, tapi risiko untuk berlaku ketika PRU15 diadakan dalam keadaan banjir, ribut, serta hujan lebat, cukup tinggi.

“Kita kena ambil kira perkara ini dan Bersatu serta komponen PN menolak sekeras-kerasnya untuk mengadakan PRU-15 pada musim tengkujuh,” katanya.

Sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mengasak Naib Presiden mereka Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, supaya mengadakan PRU-15 tahun ini juga.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu PRU-15 diadakan segera iaitu sebelum tahun ini berakhir – masih berbaki lebih dua bulan lagi – walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan musim tengkujuh akan tiba.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Anwar kena berhati-hati dengan parti anak murid yang pernah tarik sokongan
December 1, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
23 minit lalu · Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
56 minit lalu · Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok