PRU: Calon Perikatan Nasional anak tempatan Gerik, Asyraf Wajdi bukan

November 11, 2022 · Politik

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Gerik Datuk Asyraf Wajdi Dusuki adalah calon luar, malah bukan berasal dari Perak, sekali gus bakal ditolak oleh pengundi tempatan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Malah, ketika nama Beliau diumumkan sebagai calon BN bagi Parlimen itu, kekecohan berlaku dalam kalangan ahli UMNO Bahagian Gerik, kerana mereka mahukan anak tempatan.

Laporan mengatakan beberapa pusat daerah mengundi BN juga ditutup kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan pencalonan Asyraf Wajdi mewakili mereka kerana beliau bukan anak tempatan.

Veteran UMNO Datuk Seri Nazri Aziz yang turut menyifatkan Ketua Pemuda UMNO itu akan berdepan masalah dan kemungkinan kalah dalam saingan tiga penjuru.

Asyraf Wajdi akan berdepan calon Perikatan Nasional, Fathul Huzir Ayob dan Ahmad Tarmizi Mohd Jam daripada Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU-14, BN menang dengan majoriti 5,528 undi mengalahkan calon PAS yang memperoleh 7,715 undi dan PH (6,353 undi).

Namun, berdasarkan gelombang rakyat yang mahukan perubahan selain menolak BN – susulan kemelut politik yang dicetuskan parti gabungan UMNO itu khususnya sejak 2020 hingga pemilihan calon PRU – BN dilihat akan tumbang.

Cabaran sengit datangnya daripada Perikatan Nasional – Fathul Huzir adalah anak tempatan Gerik yang berasal dari Felda Nenering – setelah gelombang kebangkitan rakyat mahukan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil, dan dapat memajukan kawasan Parlimen Gerik.

“Pertama Gerik, ini kerana calonnya bukan daripada kawasannya, malah bukan daripada negeri (Perak). Dah tentu dia akan bermasalah kerana biasalah kita mahu calon tempatan,” kata Nazri yang tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas, kali ini.

Beliau berkata walaupun pengundi luar bandar biasanya berpegang kepada lambang, kerusi Parlimen Gerik bagi PRU-15 adalah kawasan ‘kelabu’ buat BN setelah beberapa penggal menguasai kawasan itu.

Kerusi kelabu bermakna kawasan parlimen yang mempunyai peluang 50-50. Sementara kerusi putih merupakan kawasan yang selamat dan kerusi ‘hitam’ membawa maksud peluang kemenangan yang tipis.

Selain itu, Nazri juga berpendapat BN hanya akan menang lapan kerusi daripada 24 kerusi Parlimen di Perak.

Sementara itu, Fathul Huzir mengajak pengundi, terutama anak muda, memberi sokongan kepada Perikatan Nasional pada PRU kali ini supaya dapat membentuk sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

Beliau turut mengingatkan pengundi termasuk, yang berada di luar kawasan, untuk pulang dan keluar beramai-ramai memberi mandat kepada Perikatan Nasional memerintah negara.

“Kepada penduduk Gerik, saya mengingatkan bahawa Perikatan Nasional walaupun hanya memimpin Kerajaan Pusat selama 17 tahun, tetapi berjaya menangani krisis terbesar dunia, sekali gus menunjukkan kemampuan Perikatan Nasional untuk mentadbir negara.

“Jika krisis besar seperti pandemik Covid-19 boleh ditangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional, apa lagi jika ketika krisis. Maka, usaha boleh ditumpukan untuk memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara.

“Beri peluang kepada Perikatan Nasional untuk memerintah negara demi generasi masa depan negara yang lebih cemerlang,” katanya sambil menyifatkan sebagai anak tempatan, beliau memahami kehendak penduduk Gerik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
16 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok