PRU-15: Zahid dilapor tak bertanding, UMNO kata fitnah

October 21, 2022 · Politik

Dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak benar.

Menurut sumber yang rapat dengan Presiden UMNO itu, laporan sebuah akhbar tempatan tersebut adalah fitnah dan tidak sahih.

“Saya menerima beberapa panggilan berhubung dakwaan Ahmad Zahid akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurul Hidayah atau pun orang kanan beliau sendiri namun perkara berkenaan tidak benar,” katanya lapor Astro Awani, pada Jumaat.

Sumber itu juga enggan mendedahkan sama ada Zahid akan bertanding pada PRU-15 nanti atau tidak.

“Saya tidak boleh beritahu sama ada Ahmad Zahid akan bertanding atau tidak tetapi laporan berita oleh akhbar tempatan itu adalah tidak benar,” ujarnya.

Pada Jumaat, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ahmad Zahid tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan ketika dihubungi turut menafikan laporan itu dan menganggap ia hanya sekadar propaganda pihak tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Ahmad Zahid.

“Tiada, tiada, tiada. Itu hanya propaganda. Tiada sebarang kenyataan rasmi dari presiden,” katanya.

Seorang lagi sumber yang rapat dengan kepimpinan UMNO memberitahu Zahid perlu bertanding bukan semata-mata untuk menjadi perdana menteri tetapi bagi memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus kekal memegang jawatan itu sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan kelak.

Sementara itu, Pengarah Media Pejabat Presiden UMNO, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican menganggap laporan itu sebagai fitnah dan sebarang kenyataan presiden parti mesti melalui media rasmi UMNO atau BNCOMMS.

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
36 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok