PRU-15: Warisan buka pintu kerjasama kepada parti lain

May 12, 2022 · Politik

Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak mahu dilihat menjadi kroni sekiranya bekerjasama dengan mana-mana parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehubungan itu, katanya Warisan akan memperkukuhkan terlebih dahulu parti itu sebelum melaksanakan sebarang kerjasama dengan parti lain.

Memetik laporan media beliau dilaporkan berkata penting bagi Warisan untuk tidak dilihat menjadi ‘kroni’ sesebuah parti atau memperkukuh parti lain dalam kerjasama itu.

“Sebaliknya ia perlu dilihat mampu berdiri teguh sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan Sabah dan negara secara keseluruhannya.

“Kita mahu bina rumah (parti) kita dahulu dinding, tiang dan atap ada semua, kadang-kadang kita punya tiang pun kena curi sudah, ini realitinya, jadi sebagai pemimpin parti kita kena pastikan parti kita cukup kukuh, saya tidak boleh bercakap kerjasama dengan banyak orang tanpa parti kukuh dahulu.

“Saya tidak katakan apa-apa negatif (untuk kerjasama) saya sentiasa buka pintu, tetapi saya mahu bina parti saya dahulu, kalau kita tidak bina dan kukuhkan parti nanti kerjasama lagi kita ditekan, saya punya pengalaman (sepertinya) dalam kerjasama sebelum ini,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Shafie berkata kerjasama antara parti politik perlu dilakukan terutama apabila sesebuah parti itu menjadi kerajaan di sesebuah negeri dan parti yang lain menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan, namun ia mesti berlandaskan sebuah kerjasama pintar.

“Macam di Sabah jadi kerajaan (negeri) kita mesti berkerjasama dengan Semenanjung (Persekutuan) kerana kita dalam sebuah negara, tetapi kita mesti pintar untuk ‘detail out’ dengan bentuk dan siapa kita mahu kerjasama itu, kita tidak kata mahu gerak sendiri tetapi kita kena teliti dahulu,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Menteri Sabah itu juga berkata Warisan sekali lagi terbuka kepada pakatan baharu selepas kerjasama dengan MUDA gagal.

Beliau berkata Warisan kembali bersendirian selepas hubungan dengan parti baharu pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu tergendala setelah MUDA bekerjasama dengan DAP.

“Saya beritahu Syed Saddiq, saya lancarkan parti saya dahulu kemudian awak lancarkan parti awak, baru kita tandatangani memorandum. Tetapi malangnya, ia tidak berjalan lancar, jadi saya berkomunikasi dengannya semalam dan saya berkata mari bercakap,” katanya.

Walaupun dia tidak menyatakan secara terang-terangan sebab membuat pusingan U, Shafie menyifatkan MUDA agak baru dalam politik.

“Dalam kehidupan, anda perlu menjadi sangat pragmatik. Sebelum anda melihat ke dalam perkahwinan, anda memerlukan pekerjaan. Jika tidak, bagaimana anda akan menyediakan makanan, dan rumah? Banyak yang perlu anda fikirkan. Bagaimana anda akan menjaga tanggungan anda?

“Jadi saya perlu fokus sekarang untuk membina parti dan pastikan kita boleh menempatkan semua orang,” katanya.

Berita berkaitan
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Isu usul tiada pertandingan, Zahid kata kuasa menteri adalah muktamad
March 8, 2023· Politik
Bung malu dengan wakil rakyat Sabah yang suka melompat
March 2, 2023· Politik
PM ulangi sokongan kepada Hajiji, gesa henti usaha jatuhkan GRS
March 1, 2023· Politik
Popular
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
DAPsy usah berkokok di luar gelanggang bela Guan Eng
20 minit lalu · Politik
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
10 jam lalu · Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
10 jam lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
15 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok