PRU-15: Undi kepada GPS bukan undi UMNO, jelas Dr Sim

October 24, 2022 · Politik

Timbalan Premier Sarawak Datuk Sri Dr Sim Kui Hian menolak tanggapan bahawa undi untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November depan, sama dengan mengundi UMNO.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) itu menyifatkan dakwaan sedemikian adalah taktik pembangkang, khususnya DAP, untuk mengelirukan pengundi.

“Sekarang DAP mengatakan bahawa mengundi GPS adalah seperti mengundi UMNO. Saya tidak tahu siapa yang mengundi UMNO (di Sarawak). Tidak ada UMNO di Sarawak.

“Namun, DAP sendiri khususnya ahli Parlimen menerima peruntukan daripada Perdana Menteri daripada UMNO (dalam Kerajaan Persekutuan sebelum ini). Setiausaha Agung DAP Anthony Loke malah berkata mereka tidak menolak untuk membentuk kerajaan (seterusnya) dengan UMNO.

“Ia seperti mereka (DAP) menghalang kami (GPS) daripada bekerjasama dengan UMNO,” katanya pada majlis perlantikan bersama ahli jawatankuasa SUPP cawangan Opar dan Tanjung Datu di Dewan Chung Hua, di Lundu, semalam.

Dr Sim merujuk kepada Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, yang melibatkan peruntukan kerajaan untuk kawasan yang dikuasai pembangkang.

Presiden SUPP menegaskan, seperti yang diumumkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga pengerusi GPS baru-baru ini, gabungan itu akan bertanding sendiri pada PRU-15 ini, tetapi akan berunding mengenai parti mana yang akan bekerjasama untuk membentuk kerajaan pada malam hari pengundian 19 November depan.

“Sejak 2018, kita merdeka dari segi politik. Sebab itu pada malam pilihan raya, kita akan lihat siapa yang akan kita rundingkan,” tambah Dr Sim menurut Borneo Post.

Ditemui media kemudian, Dr Sim berkata idea bahawa DAP mungkin mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan UMNO menunjukkan ‘double standard’ parti pembangkang itu.

“Apa yang DAP perjuangkan untuk Sarawak? Bankrap idea… DAP tidak pernah memikirkan apa yang mereka mahu lakukan untuk Sarawak.”

Mengenai PRU-15, Dr Sim berkata GPS mesti memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen yang dipertaruhkan di Sarawak bagi membolehkan negeri itu mempunyai kuasa perundingan yang lebih besar.

Katanya ini termasuk SUPP perlu menang tujuh kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu – Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri – dan menyeru ahli dan penyokong parti komponen GPS untuk bekerjasama bagi menjayakan perkara ini.

“Sarawak dibuli sejak sekian lama, tetapi Sarawak tidak akan dibuli sepanjang masa. Jadi ini adalah ‘roda nasib’ – kadang-kadang, anda berada di atas, kadang-kadang anda berada di bawah. Jadi sudah tiba masanya untuk DAP jatuh ke bawah.

“Jadi untuk memenangi 31 kerusi, kami memerlukan bantuan semua orang,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
38 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok