PRU-15: UMNO tak yakin BN boleh menang 20 kerusi Parlimen di Johor

September 11, 2022 · Politik

UMNO Johor tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh memenangi 20 daripada 26 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sebagaimana ditetapkan BN Pusat.

Sebaliknya Ketua Penerangan UMNO Negeri Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sasaran BN Johor untuk menang 16 kerusi Parlimen adalah lebih realistik daripada ditetapkan Pusat.

BN kini menguasai lapan kerusi Parlimen iaitu di Kota Tinggi; Tanjung Piai; Pengerang; Tenggara; Sembrong; Ayer Hitam; Parit Sulong; dan Pontian, yang dimenangi pada PRU-14 dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Kerusi selebihnya dikuasai Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Dr Adham sasaran itu adalah hasil kajian yang dibuat Biro Penerangan UMNO negeri itu, selain veteren, Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Kita harap pendirian kita didengar supaya kita dapat buat kerja dengan lebih tersusun… lebih pelbagai kaedah kempen dalam saat di perlukan.

“Tapi jelas di sini kita lihat balik, perlu jujur dalam meletakkan sasaran. Maksimum boleh pergi (sasaran) 16 kerusi campur dua. Tetapi kita mesti sasarkan 20 kerusi dengan kerjasama semua pihak,” katanya menurut Awani.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Penerangan (Media Sosial) anjuran Veteran UMNO Johor di pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini, hari ini.

Dr Adham berkata, UMNO Johor tetap akan berusaha mencapai sasaran menang di 20 kerusi Parlimen seperti ditetapkan BN Pusat.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menang atas tiket BN kemudian menyertai Bersatu menjadikan bilangan Ahli Parlimen gabungan itu berkurangan kepada tujuh.

Angka itu kembali meningkat kepada lapan setelah Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menang PRK Tanjung Piai pada November 2019.

Berita berkaitan
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
10 jam lalu· Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
10 jam lalu· Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
18 jam lalu· Politik
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
10 jam lalu · Politik
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
23 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023 · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok