PRU-15: UMNO pun sukar menang majoriti mudah, ramal Ku Li

August 30, 2022 · Politik

Bukan mudah bagi parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, ramal veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata kesukaran itu akan turut dirasai UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berdepan pelbagai masalah ketika ini.

“Pada pandangan saya, kemungkinan pilihan raya kali ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan menimbulkan lebih banyak masalah.

“Bagaimanapun, pilihan raya mesti diadakan kerana mengikut Perlembagaan sudah lima tahun.

“Setiap lima tahun mesti ada pilihan raya. Kita tahu pilihan raya ini mungkin tidak membuahkan hasil yang baik kerana tidak ada satu parti pun, menurut pendapat ramai, mampu membentuk kerajaan,” katanya.

Memetik Utusan, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, keadaan ekonomi dan inflasi juga antara cabaran yang terpaksa dihadapi parti itu pada PRU-15.

Justeru, katanya semua pihak harus bersedia menghadapi cabaran sebelum dan selepas PRU-15.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan membuat pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Bagaimanapun, tanpa mempedulikan isu berkaitan rakyat, sebaliknya mementingkan diri dan untuk menyelamatkan pemimpin tertentu, terutama Kluster Mahkamah, UMNO menerusi pemimpin tertingginya terus membuat desakan kepada Ismail Sabri supaya mengadakan PRU-15 tahun ini.

14 Ogos lalu Ismail Sabri sekali lagi memberi jaminan akan membubarkan Parlimen selepas memperoleh hasil kajian sikap yang dijalankan oleh Wanita Barisan Nasional (BN).

Menurutnya kajian tersebut penting bagi mengetahui kekuatan parti gabungan tersebut khususnya melibatkan pengundi putih, sebelum mereka memasuki ‘medan perang’.

“Untuk mengetahui sejauh mana kemampuan kita untuk menang atau kalah adalah berdasarkan kajian sikap yang dibuat oleh Wanita. Wanita UMNO telah pun melakukan setiap kali pilihan raya, dan kali ini saya minta supaya Wanita komponen juga, bersama-sama Wanita UMNO untuk buat kajian sikap.

“Sebab kita tahu setiap kawasan pilihan raya terutamanya di Pantai Barat, Pahang dan sebagainya merupakan pengundi campur (pelbagai kaum). Mungkin di Kelantan dan sebagainya hampir 100 peratus pengundi adalah Melayu tetapi kalau di negeri lain pengundi bercampur. Kalau setakat mendapat kajian sikap UMNO semata-mata, mungkin tidak mencukupi,” kata Ismail Sabri.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
18 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
19 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
21 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
9 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
9 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok