PRU-15: UMNO gugur empat menteri, tiga timbalan

November 1, 2022 · Politik

Seperti khabar angin yang bertiup kencang sejak beberapa hari lalu, empat menteri dan tiga timbalan menteri daripada UMNO digugurkan manakala kerusi seorang menteri lagi tidak diumumkan.

Empat menteri yang digugurkan ialah:

Menteri komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagi kerusi Parlimen P026 Ketereh yang digantikan oleh Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin;

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim digantikan Rozabil Abd Rahman bagi kerusi Parlimen P003 Arau;

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba digantikan Manndzri Nasib di P155 Tenggara; dan

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique digantikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di P156 Kota Tinggi.

Tiga timbalan menteri yang tidak dicalonkan ialah:

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang digantikan oleh Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan;

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid digantikan Maslin Sham Razman di P067 Kuala Kangsar; dan

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib digantikan Shahaniza Shamsuddin di P086 Maran.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mengumumkan sama ada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor akan bertanding di P095 Tanjung Karang, atau tidak.

Majlis pengumuman calon diadakan malam ini, 1 November 2022.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
3 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok