PRU-15: UMNO, BN ulangi kesilapan 2018, kata bekas pembantu Najib

October 9, 2022 · Politik

UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN) dilihat kembali mengulangi kesilapan sama yang menyebabkan gabungan itu tumpas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, kata bekas perunding komunikasi kepada Datuk Seri Najib Razak.

Romen Bose, yang menulis buku mengenai kejatuhan BN, berkata: “Nampaknya orang dan kumpulan sama yang bertanggungjawab terhadap penjenamaan dan strategi pilihan raya yang membawa kepada kekalahan BN kembali melakukan (perkara sama).”

“Segelintir ahli politik lapuk masih mempunyai kepercayaan peribadi bahawa media sosial sekadar gembar-gembur dan yakin pertemuan dengan akar umbi, menganjurkan makan malam dan memberikan bantuan sudah cukup untuk memenangi sanubari dan minda pengundi.”

“Mereka bercakap berdegar-degar mengenai keperluan berkomunikasi di media sosial, kata Bose, namun hakikatnya, “beberapa calon berpotensi malah tidak mempunyai halaman Facebook yang dikemas kini, apatah lagi kehadiran di platform media sosial.”

Memetik FMT Bose berkata pengundi muda berkemungkinan menjadi penentu pada PRU-15 akan datang, apabila diambil kira jumlah besar dalam golongan itu yang kini boleh mengundi, berbanding pada 2018.

Menurutnya cara utama untuk mencapai pengundi muda ini adalah menerusi platform dalam talian. Bukan lagi rahsia bahawa golongan pengundi ini tidak menggunakan media konvensional sebagai sumber maklumat, malah pempengaruh semuanya muncul dalam talian.

Bagaimanapun, BN dilihat kurang melakukan pelaburan dalam infrastruktur komunikasi dan strategi pengedaran media sosial sewajarnya.

“Tidak penting betapa bagus atau pentingnya mesej yang hendak disampaikan, jika ia tidak ditujukan kepada golongan sasaran untuk mendengar dan melihatnya.”

Mengulas mengenai situasi pembangkang, Bose berkata, mereka juga tidak dapat memberi tumpuan dan menghadapi kemarahan dan rasa tidak puas hati pengundi seperti yang pernah dilakukan pada 2018 dengan skandal 1MDB.

“Analisis kami mendapati golongan muda Malaysia hari ini mahukan lebih daripada bantuan dan makan percuma ketika pilihan raya. Mereka tidak dipacu kemarahan; mereka mempunyai cara pemikiran yang sangat praktikal.

“Mereka ingin tahu apa telah calon jayakan atau akan lakukan untuk mereka, dan apa yang akan dilaksanakan calon dan parti mereka,” katanya.

Bose berkata, golongan muda Malaysia juga ingin mengetahui bagaimana calon dapat “menambah baik kehidupan mereka dan keluarga mereka”.

“Adakah anda janjikan pengurangan signifikan dalam kos sara hidup, pekerjaan lebih baik dan banyak, selain ekonomi yang berkembang dan stabil, pendidikan dan peluang lebih baik?

“Jika anda tidak dapat menyampaikan mesej berkenaan, berkemungkinan golongan itu akan mengundi pihak yang dapat sampaikan (mesej),” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok