PRU-15: UMNO, BN Negeri Sembilan tanding sendirian di semua kerusi

May 27, 2022 · Politik

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengetepikan permuafakatan dan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN), apabila memutuskan meletak calon di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRI-15) akan datang.

Keputusan itu dibuat tatkala rakan muafakatnya, PAS masih mengharap perpecahan MN tidak berlaku, khususnya menjelang PRU-15.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Mustafa Salim berkata keputusan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 36 DUN selaras dengan kepemimpinan tertinggi UMNO dan BN.

“Ini sudah diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini (UMNO bertanding solo) selain menerusi kenyataan presiden dan timbalan Presiden.

“Berdasarkan itu, UMNO akan bertanding sendirian termasuk di Negeri Sembilan, kita tiada kerjasama dengan mana-mana parti atau pakatan lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Oleh itu, kita akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN di Negeri Sembilan,” katanya memetik laporan BH, hari ini.

Mustafa yang juga Ketua UMNO Bahagian Seremban mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, baru-baru ini, yang menegaskan parti itu tidak akan terikat dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi PRU-15.

Sebaliknya kata Reezal ‘pemetaan siasah’ dan wibawa politik UMNO dapat berdiri dengan kekuatan sendiri.

Mengenai calon akan diketengahkan, Mustafa berkata, kepemimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri sudah mengenal pasti calon yang sesuai.

Ketika ini, UMNO menyandang tiga kerusi Parlimen di Negeri Sembilan, iaitu Rembau, Jelebu dan Jempol, selain 16 kerusi DUN berbanding Pakatan Harapan (PH) yang menguasai 20 kerusi.

Pada PRU-14 lalu, PAS turut bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Negeri Sembilan, namun gagal memperoleh kemenangan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok