PRU-15 : Umat Islam wajib pilih pemimpin berakhlak

November 18, 2022 · Politik

Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok, pengundi khususnya dalam kalangan umat Islam perlu memilih calon pemimpin yang berakhlak dan beramal soleh.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Khutbah Jumaat hari ini (18 November 2022) menyebutkan beberapa panduan dalam pemilihan pemimpin, esok.

JAIS memberitahu setiap rakyat Malaysia yang cukup umur wajib memainkan peranannya dengan keluar mengundi kerana Parlimen memiliki kuasa bagi menentukan rangka, dasar dan hala tuju negara.

“Oleh itu pastikan wakil yang dipilih adalah calon yang bermanfaat bagi memelihara kesucian dan kedudukan agama Islam, hak umat Islam dan hak rakyat berbilang bangsa seluruhnya. Untuk itu umat Islam mesti mengangkat orang-orang yang berkelayakan, yang akan membuat ketetapan bagi kemaslahatan dan mengelakkan kerosakan,

“Pengundi wajib memilih orang yang memiliki keimanan kepada ALLAH, berilmu, berakhlak dan beramal soleh. Apatah lagi pengundian merupakan persaksian yang akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat.

“Pemimpin mestilah adil dan tidak fasiq selain dipilih daripada orang yang mempunyai sejarah hidup serta akhlak yang baik. Mereka mestilah orang yang berilmu dan berpengetahuan tentang syariat Islam. Mereka mesti boleh memberi teladan yang baik, dicontohi dan dihormati,” katanya.

Khutbah itu juga menegaskan pengundi perlu memilih orang yang paling berkelayakan dan menolak calon Islam yang melakukan maksiat secara terang-terangan serta yang memusuhi ALLAH, Rasul dan orang beriman.

“Memilih orang yang paling berkelayakan menurut Islam ialah yang paling bertakwa dan mampu memikul tanggungjawab wakil dan suara rakyat, komitmen dengan kewajipan agama dan meninggalkan perkara-perkara haram dan syubhah.

“Memilih orang yang paling ringan bahayanya antara dua orang yang berbahaya. Seorang pengundi tidak boleh mengubah pilihannya daripada memilih calon yang lebih layak kepada calon yang kurang layak dengan dorongan fanatisme, hubungan keluarga atau kepentingan tertentu. Sekiranya ini dilakukan, bererti dia mengkhianati ALLAH dan Rasul SAW,” katanya.

Selain itu, kezaliman pemimpin sangat berpotensi membinasakan rakyat maka pemimpin tidak amanah, berpotensi memusuhi ALLAH, Rasul dan syariat Islam tidak layak dipilih kerana bukan sahaja memberi mudarat kepada umat Islam, bahkan akan memudaratkan masyarakat serta negara secara keseluruhannya.

“Hakikatnya, jika dilantik pemimpin yang zalim, bukan sahaja pemimpin itu yang akan dipertanggungjawabkan tetapi rakyat yang membuat pilihan juga akan ditanya dan dipersoalkan kenapa tugas kepimpinan itu diberikan kepada mereka yang tidak jujur dan amanah.

“Mengundi adalah satu kewajipan bagi umat Islam. Ia adalah untuk membentuk pemerintahan yang bertanggungjawab. Jika pemimpin dipilih tidak tepat dan tidak layak, maka kepentingan masyarakat dan negara tidak dapat diberi keutamaan sewajarnya.

Selain itu, pengundi juga dinasihatkan membuat pilihan dengan kebijaksanaan bukan dengan logik akal mahupun permusuhan.

“Jangan melantik pemimpin yang tidak amanah dan tidak berupaya menjaga Islam dan syariatnya. Begitu juga Islam melarang menyokong pemimpin yang meminta jawatan dan mendapatkan jawatan melalui cara yang tidak baik dan tidak mampu berlaku adil.

“Umat Islam hendaklah memilih pemimpin yang sentiasa mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan. Ini kerana masa depan Islam dan negara adalah di tangan kita semua. Oleh itu pilihlah dengan ilmu dan kebijaksanaan, bukan dengan logik akal, amarah, dendam dan permusuhan,” katanya.

Berita berkaitan
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
9 jam lalu · Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
10 jam lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
14 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
15 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok