PRU-15 :Tun M mahu jumpa Anwar, tawar kerjasama?

October 21, 2022 · Politik

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamed menyatakan hasrat untuk bertemu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai bagi menawarkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bercakap melalui sebuah klip video yang disiarkan di Facebooknya hari ini (21 Oktober 2022), bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak kisah sekiranya dilabel tidak tahu malu ataupun menjilat ludah sendiri.

“…kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikiran semacam (seperti) saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan.

“Orang nak kata saya tak tahu malu atau jilat lidah semula tidak memberi kesan kepada saya. Yang penting matlamat kita untuk menyekat orang yang merosakkan negara tercapai,” katanya.

Mengulas soal kerjasama terjalin pada pilihan raya umum lalu yang membuahkan kejayaan dengan kejatuhan UMNO-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir berkata sifir politik ketika itu amat jelas agar pembangkang bersatu.

“Telah beberapa kali saya terbaca bahawa saya ini akan terhegeh-hegeh bertemu musuh apabila membuat percaturan politik. Contoh yang kerap diguna ialah bagaimana saya sanggup pergi berjumpa Anwar sampai ke mahkamah sebelum pilihan raya 2018 untuk mendapat sokongan daripadanya.

“Ini benar. Pada saya, perasaan peribadi, sikap sombong, ego, kepentingan diri tidak ada tempat dalam sesuatu perjuangan terutamanya apabila terkait agama, bangsa dan tanah air.

“Sifir politik ketika itu juga amat jelas, jika pihak pembangkang tidak bersatu dan bertanding atas pentas yang sama, Najib dan konco-konconya akan terus berkuasa. Maka pilihan yang perlu saya buat amat mudah. Untuk mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara, saya perlu bekerjasama dengan bekas-bekas musuh saya yang juga bersetuju perlu menyekat kejahatan tersebut,” jelasnya.

Pada tahun 2018, Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri sekali lagi selepas berjaya menumbangkan kerajaan UMNO-BN di bawah tiket Pakatan Harapan dan memerintah Malaysia selama 22 bulan sebelum akhirnya beliau meletakkan jawatan susulan enggan menyerahkan jawatan nombor satu negara itu kepada Anwar seperti dijanjikan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
18 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
56 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok