PRU-15: Tun M buat pusingan-U, sahkan akan tanding di Langkawi

October 11, 2022 · Politik

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) membuat pusingan-U dengan mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Perdana Menteri (PM) dua kali berusia 97 tahun itu berkata bagaimanapun GTA tidak menetapkan calon PM jika memenangi PRU-15.

“Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr Mahathir Mohamad.

“Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat saja,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Dr Mahathir berkata, GTA membuat keputusan untuk tidak menamakan calon bakal Perdana Menteri ketika ini kerana ia hanya akan relevan jika gerakan itu menang pada PRU-15.

Pada Mac lalu, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-15 nanti.

Menurutnya keputusan itu dibuat atas faktor usia dan kesihatannya yang belum pulih selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga ingin memberi peluang kepada calon baharu yang lebih muda dan sesuai untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

“Saya tak pulih semula lagi, masih lemah, masih tak kuat. Tapi takat nak pi (pergi) Johor, nak cakap sikit-sikit tu boleh. Nak datang ke langkawi nak kempen sikit-sikit pun, bolehlah. Tapi, saya ingat kita bagi peluang pada orang lain,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
9 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
12 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
7 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
13 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok