PRU-15 : Tok Pa umum tarik diri atas faktor kesihatan

November 2, 2022 · Politik

Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan penarikan dirinya daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Tok Pa, 72 dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan dan nasihat doktor.

“Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua rakyat di kawasan Parlimen Jeli yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sepanjang saya merencanakan agenda pembangunan sosioekonomi di Parlimen Jeli sejak tahun 1995.

“Sesungguhnya, saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini untuk mewakili rakyat di Parlimen Jeli.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua sahabat yang menganggotai jemaah menteri atas segala bimbingan dan kerjasama yang diberikan sepanjang berada dalam barisan jemaah menteri.

“Terima kasih kepada kepimpinan kerajaan, penjawat awam Persekutuan dan negeri serta parti atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau dikatakan sudah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tok Pa memenangi Parlimen Jeli atas tiket BN sejak tahun 1995 dan mempertahankan kerusi tersebut selama enam penggal berturut-turut.

PN Kelantan dijadualkan mengumum senarai nama calon yang akan bertanding pada PRU-15 di negeri itu, malam ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok