PRU-15 : Terminal bas, tren ke utara, selatan, pantai timur sesak

November 18, 2022 · Politik

Hab pengangkutan utama di Lembah Klang hari ini terus menjadi tumpuan orang ramai untuk pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Tinjauan BH di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Stesen Sentral dan transit aliran ringan (LRT) mendapati orang ramai beratur panjang di kaunter jualan tiket untuk pulang ke daerah masing-masing menjelang hari pengundian esok.

Di TBS, orang ramai turut didapati beratur panjang untuk membeli tiket bas dengan destinasi ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu, paling laris terjual.

Kebanyakan mereka yang ditemui di terminal adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang teruja pulang ke kampung halaman untuk melunaskan tanggungjawab mengundi kali pertama.

Suasana sama dilaporkan di Larkin Sentral apabila tempat pembelian tiket sesak dengan ratusan pengunjung beratur bagi mendapatkan tiket sementara di pintu balai pelepasan, orang ramai dilihat beratur bagi menaiki bas ke destinasi masing-masing.

Sementara itu, Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan dilaporkan Bernama berkata, pihaknya menjangkakan lebih 23,000 penumpang termasuk pelajar institusi pengajian tinggi berlepas dari terminal itu secara berperingkat sejak semalam.

Di stesen Kuala Lumpur Sentral pula, pintu masuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke beberapa destinasi seperti Ipoh, Butterworth, Padang Besar dan Kota Bharu, sesak dengan penumpang.

Berita berkaitan
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Hadi sahkan ada pihak hubunginya tawar PAS sertai kerajaan campuran
May 27, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
2 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
2 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
2 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
5 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok