PRU-15: Tengku Zafrul tak pasti tanding atau tidak

October 20, 2022 · Politik

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz belum pasti sama ada akan dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), atau tidak.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, spekulasi tercetus bahawa Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor itu akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan, menyebabkan Parti Amanah Negara (AMANAH) membuat keputusan meletakkan penyandangnya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Kuala Selangor hari ini, Tengku Zafrul bagaimanapun berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada bertanding atau tidak.

Katanya spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Selangor juga hanya boleh dijawab kepimpinan UMNO.

“Saya tidak tahu siapa calon, jika anda tahu tolong beritahu saya. Prospek untuk bertanding itu ada di mana saja dan calon itu ditentukan kepemimpinan parti,” katanya menurut BH.

Sebelum ini ada spekulasi menyatakan Tengku Zafrul adalah antara calon muka baharu daripada 22 calon yang akan bertanding bagi kawasan Parlimen di Selangor.

Beliau dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Selangor selepas mengumumkan kawasan itu sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan. Julai lalu, beliau dipilih sebagai Bendahari BN Selangor.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, memaklumkan 21 daripada 22 calon parti itu bagi PRU15 adalah muka baharu.

Ditanya sama ada beliau bersedia menjadi calon di kawasan berkenaan, Tengku Zafrul berkata, kehadirannya untuk membantu parti selagi beliau mampu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
19 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
19 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
7 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
7 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
11 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok