PRU-15: Tengku Zafrul harap dapat bantu rakyat Kuala Selangor

November 3, 2022 · Politik

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor mendedahkan pembabitan beliau dalam politik UMNO bukannya baharu, tetapi bermula sejak berusia 24 tahun.

Menurutnya beliau menyertai parti itu pada 1997 bukanlah pemimpin barisan hadapan ketika itu, tetapi cuba membantu parti berkenaan.

“Saya sendiri pernah bekerja sebagai Pegawai Khas kepada seorang Menteri UMNO yang telah pergi meninggalkan kita,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon BN Parlimen Kuala Selangor semalam (2 November 2022).

Tengku Zafrul berkata ketika dilantik sebagai menteri Kabinet, beliau tidak pernah terfikir untuk menjawat jawatan itu selama-lamanya.

“Saya fikir saya nak habiskan khidmat saya dan selepas itu, sama ada bersara atau kembali ke dunia korporat.

“Namun tiga tahun sebagai Menteri Kewangan, terutamanya ketika diberi tanggungjawab untuk berhadapan cabaran getir ekonomi akibat Covid-19, ia membuka mata saya tentang pentingnya khidmat bakti politik,” katanya menurut Sinar.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata, apabila diberi peluang bertanding maka beliau menyatakan keterbukaan untuk terus berkhidmat.

Malah katanya, jika pengundi Kuala Selangor memberinya peluang dan memenangi kerusi Parlimen itu, beliau menawarkan diri untuk terus berkhidmat demi rakyat.

Tengku Zafrul turut menangkis dakwaan pihak luar yang menyatakan BN ingin menang kerana ‘gila kuasa’.

“Itu salah dan fitnah kerana kita nak menang sebab kita ada lebih kuasa untuk bantu penduduk di Kuala Selangor.

“Kita semua tahu, walaupun Kuala Selangor ini dekat dengan ibu kota, untung nasib penduduk tidak terbela,” kata beliau.

Beliau berkata beberapa permasalahan rakyat di kawasan itu memerlukan tindakan segera antaranya terdapat banyak jalan berlubang, ketiadaan lampu isyarat, sesetengah kawasan mengalami kelemahan liputan internet dan kekurangan infrastruktur terutama tempat rekreasi dan hab belia.

“Selain itu, pengangkutan awam pun masih kurang dan penduduk perlu keluar dari Kuala Selangor untuk cari peluang pekerjaan atau perniagaan,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, beberapa perkara dan permasalahan rakyat perlu diselesaikan segera sekiranya BN menang.

“Kita akan pastikan kita selesaikan masalah mereka,baik masalah jalan raya, pengangkutan awam, kebajikan, pendidikan dan lain-lain lagi.

“Kita akan pastikan kita rapatkan hubungan di antara ahli Parlimen dan rakyat Kuala Selangor selain pastikan peruntukan turun dan ada Pejabat Khidmat Parlimen yang efektif,” kata beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
45 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok