PRU-15 : Tawaran PN lebih ke hadapan, menyeluruh

November 15, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih kedepan dalam menawarkan inisiatif yang mencakupi lima kelompok utama di negara ini iaitu belia, warga FELDA, agenda Bumiputera, penjawat awam dan wanita.

Semua kumpulan ini adalah antara tumpuan utama PN yang menawarkan inisiatif serta perancangan khusus ke arah pembangunan sosioekonomi negara lebih inklusif.

Antara bukti keseriusan PN dalam membawa agenda belia adalah menerusi beberapa tawaran khusus berikut:

  • Tetapkan kuota sekurang-kurangnya dua Senator dalam Dewan Negara untuk belia dan beliawanis bagi memastikan suara mereka diwakili di Parlimen.
  • Mewujudkan satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ekonomi digital dan masa hadapan dalam tempoh lima tahun.
  • Mewajibkan syarikat p-hailing dan e-hailing menyediakan perlindungan insurans takaful kepada semua pekerja.
  • Insentif RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang melanjutkan pengajian di IPT yang diiktiraf.
  • Pembiayaan perumahan tanpa faedah bagi keluarga muda.
  • Menawarkan Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar utama.
  • Mewujudkan dana khas pengantin baharu buat pasangan muda untuk membina keluarga.
  • Menaikkan elaun latihan amali/praktikal di sektor awam kepada RM1,200 sebulan.
  • Memperkasa pembangunan bakat e-sukan dengan memperkenalkan stadium khas e-sukan dan program mencungkil bakat masa depan e-sukan.
  • Membangunkan tanah terbiar di kawasan strategik untuk belia bagi aktiviti pertanian moden dan vertical farming serta penternakan.
  • Memperkenalkan dana khas di bawah Kementerian Belia dan Sukan menerusi sumbangan sekurang-kurangnya satu peratus daripada keuntungan tahunan syarikat GLC terpilih bagi tujuan melaksanakan program pembangunan kepemimpinan belia.
  • Meningkatkan kemahiran digital belia, termasuk koding, kecerdasan buatan (AI), machine learning (ML), Internet pelbagai benda (IoT), blockchain dan cloud.
  • Menggalakkan usahawan muda dalam industri masa hadapan seperti FinTech, Robotics dan kenderaan elektrik (EV).

Perkasa wanita

  • Mengembangkan DanaNita – Wanita Bangkit Berniaga bagi membantu usahanita baharu dengan menyediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang.
  • Memperkenalkan Agenda Care-Economy khususnya bagi menyelaras sistem penjagaan warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) menerusi MyPrihatin, termasuk skim untuk meningkatkan profesionalisme pengasuh kanak-kanak.
  • Melaksanakan intervensi agresif bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan utama di sektor awam dan swasta menjelang 2025.
  • Memperkenalkan Kad Kasih Ibu di peringkat nasional bagi memudahkan pembelian barangan keperluan asas.
  • Meningkatkan kadar Skim Perlindungan Suri Rumah kepada RM800 dengan caruman minimum suri rumah sebanyak RM100.
  • Pelepasan cukai RM1,000 bagi wanita bekerja.
  • Mempergiatkan penglibatan wanita dalam industri berteknologi tinggi dan industri masa hadapan.
  • Meningkatkan peluang penyertaan wanita dalam latihan bidang-bidang kemahiran baharu dan pembangunan profesionalisme bagi mengupayakan mereka mengisi jawatan penyelia di sektor swasta dan memulakan perniagaan.

Berita berkaitan
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Sahih dilantik Pengerusi Mara, kata Zahid sahkan lantikan Asyraf kalah PRU
March 12, 2023· Politik
Popular
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
DAPsy usah berkokok di luar gelanggang bela Guan Eng
11 minit lalu · Politik
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
10 jam lalu · Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
10 jam lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
15 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok