PRU-15: Tak mahu rakyat jadi mangsa ‘janji Puteri Gunung Ledang’

October 17, 2022 · Politik

Semua ahli politik diminta memperbaharui niat ketika memasuki kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi mengelak rakyat menjadi mangsa ‘janji Puteri Gunung Ledang’.

Malah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata beliau tidak mahu agama Islam dikesampingkan oleh mana-mana parti yang memerintah kelak.

“Saya menyeru semua parti politik untuk memperbaharui niat masing-masing bagi menghadapi kempen PRU-15. Dua tunjang utama politik Malaysia adalah rakyat dan agama. Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa “janji Puteri Gunung Ledang” oleh pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab.

“Apatah lagi kita tidak mahu soal agama Islam selaku agama Persekutuan dikesampingkan oleh mana-mana parti yang memerintah kelak. Isu moral dan akhlak adalah asas pembinaan negara yang stabil, maju dan seimbang.

“Justeru, tidak ada kompromi bagi pihak yang memandang ringan soal agama,” katanya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi catatan terkini di Facebook.

Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan semua pihak agar tidak menyebar fitnah mahupun berkempen secara keterlaluan.

“Usik-mengusik itu biasa semasa kempen tetapi adab dan akhlak hendaklah dipelihara. Tidak perlu keterlaluan membenci dan memusuhi kerana hakikatnya kempen cuma perlawanan kebijaksanaan dalam mengatur strategi mempromosi parti masing-masing di lapangan dan media sosial.

“Fitnah adalah sekeji-keji bentuk kempen dan permainan politik. Fitnah boleh menaikkan seseorang yang jahat. Fitnah juga boleh menjatuhkan seseorang yang baik. Sudah pasti azab bagi penyebar fitnah adalah amat dahsyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau menasihatkan pengundi baharu agar menghadiri kempen semua calon yang bertanding selain membuat carian di Internet.

“Saya tertarik dengan sebahagian anak muda di Tiktok yang merupakan pengundi buat pertama kali, bersungguh-sungguh membuat penelitian menerusi Internet untuk menilai calon dan parti mana yang perlu diundi. Hakikatnya, masih ramai pengundi baharu yang kabur dalam hal ini.

“Selain carian di alam maya, saya sarankan supaya hadir ke rapat umum semua calon yang bertanding. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin melalui pertanyaan dan berbual dengan pengundi yang lebih senior daripada pelbagai parti. Akhirnya, mohonlah petunjuk daripada ALLAH SWT melalui solat istikharah,” katanya.

Tambahnya, “secara idealnya kita mahukan pemimpin yang terbaik untuk kita dan masa depan generasi kita. Pun begitu, secara realistiknya ia seumpama memilih antara dua kelemahan. Pilihlah yang lebih ringan atau kurang kelemahannya, asalkan mereka berjaya membuktikan kesungguhan untuk memperkukuh ekonomi, mensejahterakan rakyat dan memelihara agama.”

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Terus menerus tabur fitnah, Tuan Ibrahim saman Rafizi
November 18, 2022· Politik
Kerajaan bersih, rakyat hanya ada PN sebagai pilihan
November 15, 2022· Politik
Kerisauan calon Melayu diperguna DAP
November 15, 2022· Rencana
Tak boleh tanya soalan, baik jangan panggil sidang media
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
9 minit lalu · Politik
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok