PRU-15: Siapa calon berprofil tinggi PKR diketahui hari ini

October 26, 2022 · Politik

PKR dijangka mengumumkan senarai beberapa calon berprofil tinggi yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, pada sidang media khas, petang ini (26 Oktober 2022).

Pada masa sama, persoalan hangat terus diperkatakan sama ada beberapa nama yang sebelum ini dilihat menyebabkan perpecahan dalam parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, setelah melalui pemilihan tahun ini.

Nama-nama seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Datuk Seri Amirudin Shari, pasti diletakkan sebagai calon, namun kedudukan bekas Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador, masih samar.

Timbalan Presiden parti Rafizi Ramli berkata pengumuman itu akan dibuat bersama oleh beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain calon terkemuka, Rafizi berkata PKR juga akan mengumumkan calon yang terdiri daripada “tokoh pelbagai latar belakang” yang akan bertanding pada PRU-15.

Pengumuman itu dijangka dibuat jam 2 petang ini di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya, dan akan disiarkan secara langsung di Facebook.

Sehingga kini, Anwar adalah satu-satunya pemimpin PKR yang secara rasmi mengesahkan kerusi yang akan ditandinginya pada pilihan raya akan datang.

Bercakap pada Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu, pengerusi gabungan itu mengisytiharkan bahawa beliau akan bersaing di Tambun, Perak, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menawan negeri itu dan Putrajaya.

Penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, walaupun belum dicalonkan secara rasmi oleh PKR, berkata beliau mahu menentang Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk.

Spekulasi juga meluas melibatkan beberapa pemimpin lain PKR yang akan bertanding, walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai perkara itu sehingga kini.

Antara lain, Rafizi disebut-sebut akan kembali ke kawasan Pandan, yang dimenanginya pada 2013, dan kini disandang oleh penasihat parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sebagai pertukaran, Wan Azizah kini dikatakan bakal bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Anwar baru-baru ini berkata anak sulungnya, Nurul Izzah berkemungkinan akan mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
19 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
20 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
11 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
12 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok