PRU-15 semasa banjir, UMNO saja nak rakyat bertambah susah: Mukhriz

September 21, 2022 · Politik

UMNO sengaja mahu menyusahkan rakyat dengan berniat mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semasa musim banjir, dakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Presiden Parti Pejuang itu mendakwa UMNO bakal dihukum rakyat sekiranya mahu meneruskan hasrat mereka mengadakan PRU-15 semasa musim banjir dan menyifatkan ia satu langkah yang tidak berakal sama sekali.

“Kalau nak buat juga tengah banjir rakyat akan tetap keluar mengundi ramai-ramai untuk hukum UMNO kerana tak fikir nasib rakyat.

Kalau nak pilih pilihan raya juga dan ada rakyat terkorban sebab nak pergi mengundi redah banjir kita bagi hilang teruslah UMNO di muka bumi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mukhriz berkata UMNO jangan cuba memperbodohkan rakyat dan menggesa supaya keadaan reda terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU-15.

“UMNO jangan anggap rakyat bodoh kalau yakin benar boleh menang PRU, jangan buat masa banjir tunggu masa reda bagi tenang dahulu supaya ramai boleh keluar mengundi kita tengok siapa boleh menang,” katanya.

Jelasnya lagi, strategi UMNO adalah bagi mengurangkan peratusan pengundi daripada keluar mengundi semasa hari pilihan raya nanti kerana jika banjir sudah pasti ramai yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka kerana sedang berdepan musibah.

“Teorinya kalau tidak ramai (pengundi) keluar masa PRU, penyokong tegar (UMNO) semua keluar mengundi bahawa mereka boleh menang dan tubuh kerajaan.

“Benda ini sudah berlaku di Melaka dan Johor tetapi masa itu hampir separuh pengundi tak keluar sebab meluat pada politik dan tak ada pilihan yang mereka boleh atasi BN (Barisan Nasional). Kali ini pula rakyat tak akan keluar sebab banjir macam mana nak keluar mengundi kalau rumah tenggelam? Inikah demokrasi?” ujarnya lagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini menegaskan, parti itu yakin PRU-15 akan diadakan antara Oktober hingga Disember tahun ini berdasarkan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang mengatakan pembubaran Parlimen akan dibuat sedikit masa lagi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok