PRU-15: Saingan sengit nanti Anwar jika tanding di Parlimen Tambun

September 5, 2022 · Politik

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sebaliknya akan berpindah ke Parlimen Tambun.

Namun, berbanding Tambun, kerusi selamat Anwar masih lagi di Port Dickson berdasarkan jumlah undi yang diperolehnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2018 lalu.

Mendakwa penyokongnya di Port Dickson mahu beliau kekal di Negeri Sembilan, Presiden PKR itu hari ini berkata penyokong di tempat lain juga mahu beliau mewakili mereka di kawasan lain.

Antaranya, kata beliau ialah kawasan Parlimen Tambun di Perak.

“Saya sedang mempertimbangkan. Rakan-rakan di Port Discckson telah meminta saya untuk terus kekal. Tambun pula berkata mereka sedang bersiap sedia. Dan beberapa kawasan lain.

“Apabila saya sudah membuat keputusan, saya akan umumkan. Ia bergantung pada bila PRU-15 akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Simposium Perubahan Iklim 2022 di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Oktober 2018 selepas beliau menerima pengampunan diraja dan dibebaskan daripada penjara atas pertuduhan liwat.

Pada PRK berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menang mudah ke atas enam pencabarnya daripada PAS dan lima calon Bebas apabila memperoleh 31,016 undi daripada 43,489 undian.

Namun dalam PRK itu hanya 58.25 peratus sahaja pemilih yang keluar membuang undi.

Sebelum itu, Awar juga pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama beberapa penggal.

Anwar pada 11 Ogos lalu dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di Tambun.

Parlimen Tambun sekarang ini diwakili Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Menteri Belia dan Sukan setelah memenanginya pada PRU-14 lalu, mengalahkan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada UMNO dan Muhd Zulkifli Mohd Zakaria (PAS).

Ahmad Faizal daripada Bersatu memperoleh 38,661 undi, manakala Ahmad Husni (33,341 undi) dan Muhd Zulkifli (14,948 undi).

Berdasarkan jumlah undi UMNO dan PAS pada 2018, Anwar bakal menghadapi saingat sengit sekiranya kedua-dua parti itu membentuk kerjasama di Parlimen Tambun.

Sementara itu, Naib Ketua DAP Perak Abdul Aziz Bari juga pada mulanya merancang untuk bertanding di Parlimen Tambun, tetapi hari ini berkata beliau akan menarik diri jika Anwar memilih untuk bertanding di situ.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok