PRU-15: Radzi Jidin tolak khabar angin tanding Parlimen Putrajaya

August 22, 2022 · Politik

Menteri Pendidikan Kanan Datuk Dr Radzi Jidin menolak khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya berikutan kerap hadir dalam pelbagai program di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak kebelakangan ini.

Radzi yang bertanding di kawasan Parlimen Ketereh di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-14) berkata kehadirannya pada program itu adalah bagi memenuhi jemputan kerana ia dianjurkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu itu berkata Putrajaya dipilih sebagai lokasi bagi setiap program bagi memudahkan pergerakan logistik dari KPM dan menjimatkan masa.

“Ia (program KPM) diadakan di Putrajaya sebab banyak sangat program dan kita perlu cari lokasi dekat (KPM), mudahkan pergerakan. Itu penting.

“Dalam bulan ini (Ogos) hingga September, hampir hari-hari akan ada program atau pelancaran perkara baharu bagi mengisi slot ‘Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan’,” katanya pada sidang media selepas melancarkan platform pembelajaran digital KPM Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA): Agenda Digital Kita di sini hari ini.

Sepanjang minggu lepas, Radzi telah menghadiri beberapa majlis di Putrajaya antaranya Kejohanan Bola Tampar Amatur di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 16 (1) pada 7 Ogos; Showcase Transformasi Pendidikan di Pusat Beli Belah Alamanda (13 Ogos); dan program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat di SMK Putrajaya 14 (1) (18 Ogos).

Beliau juga hadir pada Majlis Transformasi Pendidikan Pemerkasaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) di SMK Presint 18 (1) (20 Ogos); dan hari ini pelancaran DELIMA KPM di SMK Putrajaya Presint 8 (1).

Timbul desas-desus Radzi sedang ‘mengintai’ kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-15 selepas tewas pada PRU-14 di tangan penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Seri Annuar Musa.

Parlimen Putrajaya disandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memegang kerusi itu selama empat penggal.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
9 jam lalu· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
18 jam lalu· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
9 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
9 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
17 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
18 jam lalu · Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok