PRU-15: PN yakin sapu bersih 15 Parlimen di Kedah

October 29, 2022 · Politik

Perikatan Nasional yakin dapat menyapu bersih semua 15 kerusi Parlimen di Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan, termasuk Langkawi yang bakal ditanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi PN negeri berkata beliau yakin gabungan itu mampu mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 19 November ini.

“Pada PRU sebelum ini, PH memenangi 10 kerusi Parlimen diikuti PAS dengan tiga kerusi manakala BN menang dua kerusi di Kedah.

“PH dan BN menang dengan majoriti kecil… jadi kita boleh menang kerusi pada PRU-15 jika kita bekerja keras di bawah gabungan PN,” kata Sanusi pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PN negeri di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, malam tadi (28 Oktober 2022).

Jentera itu dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga bakal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun, berdepan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan calon BN.

Dalam ucapan itu, Sanusi turut mengumumkan bahawa PN telah menyelesaikan pembahagian kerusi Parlimen di Kedah.

“Kita sudah mencapai kata sepakat, PAS akan bertanding di lapan kerusi Parlimen manakala Bersatu akan mendapat tujuh kerusi,” kata Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS.

Sanusi berkata adalah penting bagi PN memenangi 15 kerusi Parlimen di Kedah bagi menyumbang ke arah pembentukan kerajaan Persekutuan selepas pilihan raya ini.

“Kita perlu ada seramai mungkin ahli Parlimen PN dari Kedah, supaya mereka membawa suara kita di peringkat Persekutuan.

“Kami mahu mereka bekerja keras untuk membawa lebih banyak pembangunan kepada Kedah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
17 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
17 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
7 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok