PRU-15 : PN Perak fokus isu perumahan, bantu 50,000 keluarga miliki rumah

November 17, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak menjadikan inisiatif perumahan untuk lebih 50,000 keluarga di negeri itu sebagai salah satu teras utama dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata setiap keluarga yang belum memiliki rumah perlu diberi peluang memohon tapak bagi membolehkan mereka membina rumah mengikut kapasiti keluarga.

“Tidak dinafikan masih terdapat ramai penduduk tidak memiliki kediaman sendiri malah ada juga yang menetap di kawasan setinggan.

“Maka dalam hal ini Perikatan Nasional berpandangan nasib golongan ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya. Insya-ALLAH sebanyak 50,000 keluarga dijangka menerima faedah daripada inisiatif ini,” katanya dalam ucapan Pelancaran Manifesto PN Negeri Perak di Ipoh hari ini, lapor Bernama.

Beliau yang juga penyandang Parlimen Tambun berkata manifesto bertemakan ‘PN Baik Perbaiki Negeri Bersama Agenda Inisiatif Kemakmuran’ itu bersandarkan kepada lima teras utama dengan fokus kepada pendidikan, sosial, wanita, infrastruktur dan kelestarian alam sekitar.

Menteri Belia dan Sukan sementara itu berkata PN turut bersedia menawarkan baucar pembelian peralatan termasuk komputer riba dan tablet sehingga RM1,000 dan baucar pembelian buku untuk pelajar bagi menggalakkan budaya membaca.

Beliau berkata sekiranya PN diberi mandat memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri, mereka akan memastikan penganjuran kelas al-Quran dan sivik percuma bagisetiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bercadang membuka kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) bermula tahun 1 hingga tahun 6 selain bantuan yuran buku percuma untuk meringankan beban ibu bapa.

Selain itu, PN Perak juga komited untuk memastikan kaum wanita berdaya saing dan maju dalam bidang ekonomi serta melahirkan ramai usahawan wanita menerusi Pelan Pembangunan Peluang Pekerjaan Ekonomi Wanita Baru (EWB), katanya.

“PN juga bertekad untuk menaikkan nilai kad Kasih Ibu Darul Ridzuan daripada RM290 kepada RM400 sebulan. Ia sejajar dengan kenaikan kadar pembelian barangan asas keperluan serta perbelanjaan kesihatan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP
17 jam lalu· Politik
Selepas bawa UMNO bersama DAP, kini Zahid ajak ahli rapatkan barisan pula
19 jam lalu· Politik
Dulu bukan main menentang rasuah, kini bergabung dengan perasuah: Hadi
19 jam lalu· Politik
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
19 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu · Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok