PRU-15: PH tak guna logo PKR seperti 2018, reka bentuk baharu

August 25, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) hari ini (25 Ogos 2022) mengumumkan gabungan itu akan menggunakan hanya satu logo untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

Tetapi majlis presidennya juga berkata logo biasa gabungan yang akan digunakan mungkin mengalami perubahan reka bentuk untuk memberikan imej baharu oada PRU itu.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat bulanan semalam (24 Ogos) telah membuat beberapa ketetapan penting sebagai langkah persiapan dalam menghadapi PRU-15.

“PH akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo Pakatan Harapan.

“Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU-15,” kata kenyataan Majlis Presiden hari ini.

Kenyataan dikeluarkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook; dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.

Pada PRU-14 lalu, PH terpaksa menggunakan logo PKR selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan enggan meluluskan pendaftaran gabungan itu sebagai badan dan logonya, memetik masalah dokumentasi yang disediakan oleh Bersatu yang ketika itu merupakan salah satu parti yang menyokong PH.

PKR menggunakan logo partinya sendiri dalam Pilihan Raya Negeri Johor Mac lalu, memisahkan diri daripada rakan komponen DAP dan AMANAH yang meletakkan calon mereka di bawah logo gabungan PH.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan
July 20, 2023
PH buat kesilapan, geng pembodek Anwar boleh jatuhkan PKR: Rafizi
March 25, 2022
Bekas MB Pahang akui kata UMNO ‘sudah hendak bungkus’: Laporan
August 17, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok