PRU-15: PH mungkin tak bubar DUN Negeri Sembilan tahun ini

August 31, 2022 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkemungkinan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Mac tahun depan meskipun tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih menjadi teka-teki.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata ini kerana masih banyak perkara terutama berkaitan kepentingan rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan ketika ini termasuk memulihkan ekonomi, menurut laporan Bernama.

“Bila PRU15, masih menjadi teka-teki sekarang tapi saya cadangkan supaya pilihan raya dapat diadakan tahun hadapan, namun ia terpulang pada Majlis Presiden PH untuk menentukan.

“Pada masa ini, rakyat tengah susah dan perlukan perhatian dan bantuan daripada kerajaan…adakan PRU15 ketika ini yang kosnya pasti menelan berbilion ringgit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat Negeri Sembilan hari ini.

Semalam, media melaporkan Setiausaha Agung PAS ,Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dipetik sebagai berkata, tiga negeri diterajui parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN lebih awal daripada Mac tahun depan.

Dalam pada itu, Aminuddin, yang juga Naib Presiden PKR, turut senada dengan pandangan itu selain berpendapat tindakan sama perlu difikirkan setiap negeri ketika ini.

Berita berkaitan
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
20 jam lalu· Politik
PAS tidak akan bubar DUN semasa banjir, buat apa nak susahkan rakyat: Samsuri
September 20, 2022· Politik
PH tumpu persediaan hadapi banjir, tak ikut UMNO gila nak PRU: Rafizi
September 18, 2022· Politik
Jalan bertampal, wakil rakyat kerap ke kenduri petanda besar PRU hampir?
September 17, 2022· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
13 jam lalu · Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
13 jam lalu · Politik
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
13 jam lalu · Politik
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
17 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
7 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok