PRU-15: Pembahagian kerusi parti komponen PN hampir selesai

August 22, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) sudah menyelesaikan pembahagian kerusi bagi hampir semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara parti-parti komponen dalam gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata berlaku juga pertindihan dalam proses tersebut namun jumlahnya terlalu sedikit.

“Kami akan muktamadkan tidak berapa lama lagi dan semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah saya dapati parti-parti komponen dalam PN satu hati dan apabila keputusan dibuat nanti semua akan akur dan patuh kepada keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

“Masih dalam ‘finalise’ (di peringkat akhir untuk dimuktamadkan), banyak juga kerusi yang sudah diputuskan namun ada yang masih bertindih (dan) sedang kita perhalusi.

“Terlalu sikit yang bertindih yang memerlukan kami mengadakan lagi rundingan. Jika masih lagi bertindih ia akan kami bawa dan sampaikan ke peringkat mesyuarat antara presiden parti-parti komponen,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan PN Peringkat Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu, malam tadi.

Ditanya mengenai jentera pilihan raya, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata parti-parti komponen PN sudah bersiap siaga menghadapi PRU-15.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Dr Radzi Jidin.

Ahmad Faizal berkata, PN sudah bersedia sekiranya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat dan yakin dengan kerjasama semua parti komponen yang ada dalam gabungan itu.

“Jika PRU-15 dalam masa terdekat, tiada masalah, kita bersedia. Kita tak nak mengatakan keyakinan seperti orang lain yang terlalu yakin namun kita yakin dengan apa yang kita lakukan dan kita istiqamah dalam kalangan semua parti komponen PN kerana itu yang amat penting dalam kita nak buat kerjasama.

“Berkaitan jentera pilihan raya, kita sudah bersedia dan bersemangat untuk menghadapi pilihan raya dan kita sentiasa memberi peluang (sama ada) wanita, orang muda, orang dewasa, berpengalaman, profesional, agamawan dan korporat,” katanya.

 

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
22 jam lalu· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
6 minit lalu · Politik
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
16 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok