PRU-15 : Peja yakin pengundi boleh nilai rekod pretasi sebagai MB Perak

November 2, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Rekod percaya prestasinya sebagai Menteri Besar Perak akan memberi nilai tambah untuk kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata banyak perkara baik yang dilaksanakan dalam tempoh singkat menjawat jawatan tersebut.

“Banyak perkara baik telah kami lakukan di Perak dengan meningkatkan hasil (negeri). Kita (juga) memberi bonus sebulan kepada semua penjawat awam,” katanya ketika ditanya sama ada kejatuhannya daripada kuasa akan menjejaskan kredibiliti serta peluangnya pada PRU15 lapor FMT.

Ahmad Faizal sebelum ini dua kali menjadi Menteri Besar Perak antara 2018-2020 sebelum meletakkan jawatan bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak selepas gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan DUN.

Menurut Ahmad Faizal, walaupun tidak dapat berkhidmat sebagai menteri besar untuk penggal penuh Faizal berkata banyak pelaburan dan projek diperkenalkan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Perak mencatatkan hasil RM1.09 bilion pada 2019 iaitu melebihi sasaran RM1.03 bilion.

Malah katanya ketika pandemik, ekonomi Perak diuruskan dengan baik kerana masih ada dana tambahan untuk negeri itu.

Ahmad Faizal dijangka bertembung dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon BN, Aminuddin Md Hanafiah, 19 November ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
November 29, 2022· Politik
MB Perak BN baharu teruk kena bahan di media sosial
November 22, 2022· Politik
Zahid pakat dengan Anwar: Hishammuddin bantah, sanggup dipecat
November 21, 2022· Politik
G70 : Dua ilmuwan tarik diri sokong Anwar jadi PM
November 17, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
41 minit lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
51 minit lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
5 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
7 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok