PRU-15: PAS tanding sembilan kerusi di Kelantan, Bersatu lima

October 30, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Kelantan memuktamadkan agihan 14 kerusi Parlimen yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini, dengan sembilan akan ditandingi PAS, manakala lima oleh Bersatu.

Setiausaha Perhubungan PN Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan di antara PAS dengan Bersatu.

Katanya, senarai calon ini akan diumumkan oleh Pengerusi PN Kelantan merangkap Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di pekarangan Stadium Sultan Muhammad V pada 2 November depan.

“Pengumuman calon di 14 kerusi Parlimen akan dibuat pada 2 November kerana kemungkinan akan ada pertukaran kerusi. Namun, pembahagian untuk PAS adalah sembilan kerusi dan lima kepada Bersatu.

“Calon yang akan diumumkan ini melepasi tapisan awal iaitu PAS oleh Majlis Syura Ulama, manakala Bersatu pula seperti yang diumumkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Calon ini sudah dipersetujui di peringkat kepimpinan tertinggi parti dan bersih serta berintegriti,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini (30 Oktober 2022), menurut BH.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerja PN, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Setiausaha Bersatu Kelantan, Ahmad Nasruddin Abdullah.

Mengulas lanjut, Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri berkata, kemungkinan ada pertambahan calon wanita dalam PRU-15 ini dan juga calon muda.

Ketika ditanya sama ada Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kekal bertanding pada PRU-15 pada 19 November ini, Wan Roslan berkata, keputusan itu belum dimuktamadkan lagi.

“Keputusan calon yang akan bertanding akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat. Kerjasama antara PAS dengan Bersatu juga cukup mantap dan kita akan mengatur gerak kerja sebaik selepas penamaan calon.

“Semua kerusi Insya-Allah PAS letak jentera yang akan kerja dengan keras walaupun kerusi selesa, apatah lagi yang tidak selesa.

“Kita juga menyasar untuk menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi hasil kerjasama semua pihak. Kita juga menyasar (menang) Parlimen Jeli dan berharap Bersatu boleh menarik sekurang-kurangnya lima peratus penyokong UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok