PRU-15: PAS tak terdesak hingga mahu tumpang tuah UMNO, BN

August 21, 2022 · Politik

PAS tidak terdesak atau mahu menumpang tuah UMNO apabila ia tetap mahu bekerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata keputusan PAS itu bertepatan dengan pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan semua parti Melayu, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), demi penyatuan ummah dan mengelakkan perpecahan bangsa.

Memetik Utusan, beliau bagaimanapun berkata ada pihak yang cuba mencetuskan perpecahan dan melaga-lagakan usaha murni PAS dengan memberi gambaran parti itu terdesak dan hanya ingin menumpang tuah Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

“UMNO marahkan Bersatu, sebab itu mereka tidak mahu untuk bekerjasama dalam MN. Kita faham UMNO marah Bersatu kerana sebab-sebab tertentu tetapi mereka sepatutnya berbincang terlebih dahulu dan meletakkan penyatuan ummah sebagai keutamaan.

“Kena fikirkan kenapa PAS sanggup membuat penyatuan ummah melalui MN dengan UMNO. Ini kerana PAS pentingkan penyatuan ummah berbanding mengingati perkara-perkara yang telah lepas.

“Dahulunya, sebelum wujud MN, di setiap pentas politik, apa yang saya tak kata terhadap UMNO? Begitu juga UMNO mengata PAS.

“Namun semua perkara itu kita ketepikan kerana kita semua sedar sekiranya berpanjangan akan menyebabkan perpecahan, sebab itu kita melakukan penyatuan ummah melalui MN,” katanya kepada pemberita pada Program Jualan Amal di Markas Pas Sungai Tinggi Trong di Bukit Gantang, hari ini.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata ada juga yang bertanya jika PAS benar-benar mahukan penyatuan ummah kenapa tidak jempat juga parti AMANAH.

“Kita telah berulang kali beritahu, kita boleh terima AMANAH untuk penyatuan ummah namun AMANAH perlu meninggalkan DAP terlebih dahulu dan kita akan terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa PAS terdesak untuk mengadakan kerjasama dengan BN atas alasan penyatuan ummah agar parti itu terus relevan pada PRU-15.

Isham berkata, alasan PAS itu hanyalah untuk ‘menumpang tuah’ BN setelah parti itu merasakan kerjasama dengan Bersatu tidak ada harapan lagi.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
3 jam lalu· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
3 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
September 24, 2023
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok