PRU-15 November: Laporan

August 7, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan menilai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada mesyuarat peringkat tertinggi parti komponennya 15 Ogos ini, susulan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Khamis lalu.

Menurut The Star, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah pun memaklumkan kepada pemimpin parti komponen BN berhubung mesyuarat pada tarikh berkenaan.

Laporan itu juga memetik seorang pegawai BN yang tidak dinamakan menyifatkan tempoh untuk PRU-15 diadakan sebagai “telah dekat” berikutan anggota gabungan mendesak ia diadakan pada November.

Pegawai itu menambah bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan di ibu pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, bertujuan membincangkan persiapan BN bagi menghadapi PRU-15 dan mendapatkan maklum balas daripada pemimpin parti komponen.

Sumber itu berkata, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka berkongsi laporan di lapangan selepas lawatannya ke seluruh negara bersama pemimpin BN yang lain.

“Beliau dijangka berkongsi dengan kami kekuatan dan kelemahan BN di peringkat negeri,” kata pegawai itu.

Pegawai itu juga menambah bahawa semua petunjuk menjurus kepada PRU-15 diadakan selepas Belanjawan 2023 dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang pada Oktober.

“Adalah difahamkan bahawa banyak inisiatif daripada Belanjawan akan menjadi faktor yang memberi kebaikan dan BN mahu memenangi sentimen pengundi,” kata pegawai itu.

Parti-parti politik telah membuat persediaan untuk PRU-15 selepas rang undang-undang anti-lompat parti diluluskan di Parlimen minggu lalu, dengan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli semalam berkata “parti itu akan menghadapi masalah jika senarai calon tidak diselesaikan menjelang September”.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai hak prerogatif untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa walaupun boleh diadakan sebelum September 2023.

Berita berkaitan
Adalah tak munasabah UMNO-BN bolot banyak kerusi, kata PH Kelantan
21 jam lalu· Politik
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
June 7, 2023· Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
June 6, 2023· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
June 4, 2023· Politik
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
5 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
8 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
9 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok