PRU-15 : Nasib Noh diketahui hari ini, kata sumber

November 3, 2022 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar masih belum diketahui nasibnya sama ada terselamat ataupun termasuk dalam senarai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang digugurkan.

Memetik laporan Malaysiakini, sumber dalaman UMNO memberitahu Noh yang menyandang Parlimen Tanjong Karang sejak enam penggal lalu masih mencuba nasib dengan memujuk Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dikatakan Zahid akan membuat keputusan tersebut hari ini sama ada mengekalkan Noh atau menggantikannya dengan Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, Habibah Mohd Yusof.

Sumber yang rapat dengan pejabat Presiden UMNO itu mendakwa pada awalnya nama Noh memang tiada dalam senarai calon PRU-15.

“Dia (Noh) tengah cuba sedaya upaya, dia tengah cuba pujuk (Zahid agar dia dibenarkan mempertahankan Tanjong Karang).

“Rancangannya adalah untuk letak ketua wanita (bahagian) Habibah,” katanya.

Sumber itu mendakwa pengguguran Noh susulan beliau dilihat sebagai ‘liabiliti’ kepada UMNO namun tidak memberi penjelasan lanjut berkenaan perkara itu.

Selasa lalu Zahid menggugurkan 13 penyandang iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Datuk Sri Dr Ismail Abdul Muttalib (Maran), Datuk Sri Dr Adham Baba (Tenggara) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Namun Zahid yang juga Presiden UMNO masih belum mengumumkan calon bagi enam kerusi Parlimen termasuk Tanjong Karang

Sementara itu, Habibah mengesahkan ada didekati kepimpinan UMNO untuk menjadi calon di Parlimen Tanjong Karang namun katanya masih belum muktamad.

“Terpulang kepada presiden, itu hak dan prerogatif presiden. Sebagai orang parti, saya akur.

“Kita sudah minta presiden putuskan, jadi biarlah dia putuskan. Apabila dia sudah putuskan, kita sepatutnya berlapang dada dan menerimanya.

“Saya sudah terlibat dalam politik di Tanjong Karang selama 32 tahun. Berdasarkan pengalaman saya, akar umbi di sini sangat kuat kepada parti.

“Jadi sesiapa juga pemimpin hantar sebagai calon, mereka akan sokong. Mereka tak akan berpusing, yang berpusing ini mungkin kepimpinan yang ada kepentingan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
9 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
13 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok